Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kayu anak[kA.ju A.nA/] kayu sebesar jari telunjuk dan berukuran kira-kira enam inci yang digunakan dalam permainan konda kondi.Eh! Kayu anak ni kontot sangat. Carik le yang panjang siket.[eh kA.ju A.nA/ ni kon.tot sA.NAt tSA.Äi/ l« jAN pAn.dZAN si.ket]Eh! Kayu anak ini pendek sangat. Carilah yang panjang sedikit.
maen canang[mAen tSA.nAN] sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang satu pendek disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul, konda kondi; maen cungkel ayam, maen ketok ayam, maen songket.Ari ni kite maen canang, nak tak?[A.Äi ni ki.t« mAen tSA.nAN nA/ tA/]Hari ini kita main canang, hendak atau tidak?
maen songket[mAen sN.ket] sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang satu pendek disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul, konda kondi; maen canang, maen cungkel ayam, maen ketok ayam.Ari ni kite maen songket, nak tak?[A.Äi ni ki.t« mAen sN.ket nA/ tA/]Hari ini kita main songkit, hendak atau tidak?
maen ketok[mAen k«.to/ A.jAm] sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang satu pendek disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul, konda kondi; maen canang, maen cungkel ayam, maen songket.Ari ni kite maen ketok ayam, nak tak?[A.Äi ni ki.t« mAen k«.to/ A.jAm nA/ tA/]Hari ini kita main ketuk ayam, hendak atau tidak?
buat hubong[bu.wAt hu.boN] menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar.Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong.[ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN]Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu.
maen cungkel ayam[mAen tSuN.kel A.jAm] sejenis permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan dua batang kayu, satu panjang satu pendek disungkit menerusi lubang yang disediakan dan dipukul, konda kondi; maen canang, maen ketok ayam, maen songket.Ari ni kite maen cungkel ayam, nak tak?[A.Äi ni ki.t« mAen tSuN.kel A.jAm nA/ tA/]Hari ini kita main cungkil ayam, hendak atau tidak?

Kembali ke atas