Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nga.yuh] | ڤڠايوه

Definisi : 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pengayuh sama di tangan,
     perahu sama di air.

Bermaksud :

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

 

Lihat selanjutnya...(15)

66

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Sampan ada pengayuh tidak

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kayu ciyau[kA.ju tSi.jAw] pengayuh besar dan panjang yang dipasang pada hadapan bot untuk mengawal arahnya semasa merentangkan pukat di laut.Kayu ciyau yang kau gune biau kuat.[kA.ju tSi.jAw jAN kAw gu.n« bi,jAw ku.wAt]Kayu ciyaw yang kau guna biar kuat.
beciyau[b«.tSi.jAw]kata kerjamenggerakkan pengayuh ke kiri atau ke kanan untuk mengawal arah bot semasa memasang pukat di laut. Tugas tersebut dilakukan secara berdiri di bahagian hadapan bot.Kalau tengah beciyau, jage-jage, tak ke laen pegi bot.[kA.lAw t«.NAh b«.tSi.jAw dZA.g«.dZA.g« tA/ k« lA«n p«.gi bot]Kalau sedang berciau harus berhati-hati, jika tidak, ke lain hala bot.

Kembali ke atas