berinai curi | [b«.Äi.nAj tSu.Äi] | | pengantin lelaki yang lengkap berbaju Melayu datang ke rumah pengantin perempuan tanpa diberi tahu bersama pak andam atau pengapit sebelum bernikah dan biasanya selepas Asar. Pengantin akan diletakkan di pelantar rumah di atas sebuah kerusi untuk ditepung tawar. Selepas pengantin lelaki beredar barulah pengantin perempuan mengambil giliran. | Semalam aku pegi rumah penganten perempuan berinai curi. | [s«.mA.lAm A.ku p«.gi Äu.mAh p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn b«.Äi.nAj tSu.Äi] | Semalam aku pergi ke rumah pengantin perempuan untuk berinai curi. |
culek arang | [tSu.le/ A.ÄAN] | | amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai. | Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die. | [t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«] | Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya. |
beseban | [b«.sE.bAn] | kata kerja | berkumpul beramai-ramai untuk membuat sesuatu kerja di satu tempat, misalnya di anjung rumah. | Kat dapo tu beseban orang perempuan tengah siap bahan laok kenduri. | [kAt dA.po tu b«.sE.bAn o.ÄAN p«.Ä«m.pu.wAn t«.NAh si.jAp bA.hAn lAo/ k«n.du.Äi] | Di dapur, ramai orang-orang perempuan sedang menyiapkan lauk kenduri. |
nye | [ø«] | kata nama | panggilan bagi orang perempuan yang lebih muda daripada si pemanggil. | | | |
mak dare | [mA/ dA.Ä«] | | panggilan untuk perempuan dewasa yang bukan saudara; mak cik | | | |
nyonye | [øo.ø«] | kata nama | panggilan manja bagi anak-anak perempuan atau wanita. | | | |
baju kurong laboh besongket | [bA.dZu ku.ÄoN lA.boh b«.soN.ket] | | pakaian pengantin perempuan di Negeri Melaka. | | | |
dudok perot | [du.do/ p«.Äot] | | berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok bulan | Kau ni tengah dudok perot, tok sah lasak sangat | [] | Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat. |
dudok bulan | [du.do/ bu.lAn] | | berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok perot. | Kau ni tengah dudok bulan, tok sah lasak sangat. | [] | Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat. |
menyiak | [m«.øi.jA/] | kata nama | suatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi. | Musem ni, kau dah menyiak? | [mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/] | Musim ini, engkau sudah menyiak? |