[ping.gan] | ڤيڠݢن
Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ping.gan] | ڤيڠݢن
Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)