Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = mempunyai menaruh, ada, memi­liki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul­-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih­milih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengem­punyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg memiliki sesuatu; pemiliknya; tuannya; empunya: Rumah ini saya ~. Baju itu tuan ~. 2 = yg ~ yg memiliki; yg empunya: Cincin di jari siapa ~? Rumah itu siapa ~? 3 bp (utk menegaskan maksud kata yg diulang) dgn sungguh-sungguh: Cari ~ cari, tidak juga ditemukan. berpunya 1 ada yg empunya; ada pemiliknya; bertuan: Tanah ini belum ~. 2 sudah beristeri atau bersuami; sudah bertunangan: Jangan ganggu wanita yg sudah ~. 3 kaya; berada: Sekarang dia sudah tidak sudi menjenguk kami yg tidak ~ ini. mempunyai ada menaruh atau menyimpan sesuatu; ada yg dimilikinya; memiliki: Ayahnya ~ harta yg banyak. kepunyaan sesuatu yg dipunyai; hak milik: Kereta ini ~ siapa? sepunya ist dipunyai bersama-sama oleh dua kuantiti atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punya
Kata Terbitan : berpunya, mempunyai, kepunyaan,

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Manusia punya asa,
     Tuhan punya kuasa.

Bermaksud :

Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kedamat[k«.dA.mAt]kata adjektifriuh-rendah; pondak.Bebudak ramai, punya le kedamat rumah aku.[b«.bu.dA/ ÄA.mAj pu.øA l« k«.dA.mAt Äu.mAh A.ku]Budak-budak ramai, riuh-rendah rumah aku.

Kembali ke atas