Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.tib] | راتيب

Definisi : sj zikir, puji-pujian yg diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah dll); ~ bang azan yg dilaung berkali-kali; ~ saman sj ratib amalan tarekat Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman); beratib, meratib melakukan ratib, berzikir: ia pernah ~ tiap-tiap malam di surau; meratibkan meratib atau mendoa utk (orang meninggal dll), menzikirkan: mayat pun di­kebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.tib] | راتيب

Definisi : kalimah lailahaillallah, nama Allah atau kata-kata pujian terhadap Allah yg diucapkan berkali-kali. beratib mengucapkan ratib: Mereka ~ beramai-ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ratib (kata nama)
Bersinonim dengan zikir, puji-pujian.,


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
rateb jalan[ÄA.teb dZA.lAn] upacara berzikir sambil berjalan sekeliling kampung selepas menuai padi.Padi dah abes tuai, minggu depan boleh le kite rateb jalan.[pA.di dAh A.bes tu.wAj miN.gu d«.pAn bo.leh l« ki.t« ÄA.teb dZA.lAn]Padi sudah dituai, minggu hadapan bolehlah kita adakan upacara ratib jalan.

Kembali ke atas