Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
beposak-posak[b«.po.sA/.po.sA/]kata kerjaberhempas pulas untuk menyelesaikan sesuatu kerja seperti majlis kenduri dan lain-lain.Lepas kenduri, beposak-posak le kite.[l«.pAs k«n.du.Äi b«.po.sA/.po.sA/ l« ki.t«]Selepas kenduri berhempas pulaslah kita.
sarot[sA.Äot]kata kerjamelurut sayur berdaun atau daun seperti daun turi.Kau sarot aje sayo tu, cepat siket.[kAw sA.Äot A.dZe sA.jo tu tS«.pAt si.ket]Kau lurutkan sahaja sayur itu, cepat sikit.
lacak[lA.tSA/]kata kerjamemijak sesuatu secara berulang-ulang kali oleh manusia atau haiwan yang boleh menyebabkan kerosakan.Abes sapan batas sayo aku kene lacak lembu.[A.bes sA.pAn bA.tAs sA.jo A.ku k«.n« lA.tSA/ l«m.bu]Habis rosak batas sayur aku dipijak-pijak lembu.
sabok[sA.bo/]kata namatuala mandi; kaen sal.Sabok kau tu dah koto, pegi basoh![sA.bo/ kAw tu dAh ko.to p«.gi bA.soh]Tuala mandi kau tu dah kotor, pergi basuh!
kesarok[k«.sA.Äo/]kata adjektifnaik angin.Dah kesarok budak ni abes pintu pon tendang.[dAh k«.sA.Äo/ bu.dA/ ni A.bes pin.tu pon t«n.dAN]Sudah naik angin budak ini, habis pintu pun ditendang.
sajo[sA.dZo]kata adjektifberkenaan laluan orang atau kenderaan yang sibuk.Dulu tempat ni sajo, sekarang dah sunyi.[du.lu t«m.pAt ni sA.dZo s«.kA.ÄAN dAh su.øi]Dahulu tempat ini sibuk, sekarang sudah sunyi.
pasak rasok tiang[pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN] sejenis baji yang diperbuat daripada kayu dan digunakan bagi mengetatkan kedudukan rasuk pada tiang rumah.Eh, pasangkan pasak rasok tiang tu, nanti longgau.[eh pA.sAN.kAn pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN tu nAn.ti loN.gAw]Eh, pasangkan pasak rasok tiang itu, nanti longgar.
sapan[sA.pAn]kata adjektifrosak atau jahanam; telokopBaru maren mak belikan, dah abes sapan maenan ni kau kejekan.[bA.Äu mA.Äen mA/ b«.li.kAn dAh A.bes sA.pAn mAen.nAn ni kAw k«.dZ«.kAn]Baru kelmarin mak belikan, dah habis rosak mainan ini kau kerjakan.
pasak bumi[pA.sA/ bu.mi] berkenaan pesilat berdiri dalam keadaan lutut dibengkokkan bagi tujuan menguatkan kedudukan.Kalau nak kalahkan aku, pasak bumi kau mesti le bagus.[kA.lAw nA/ kA.lAh.kAn A.ku pA.sA/ bu.mi kAw m«s.ti l« bA.gus]Kalau hendak mengalahkan aku, pasak bumi engkau mestilah bagus.
terejon sawan[t«.Ä«.dZon sA.wAn] penyakit sawan pada kanak-kanak dengan keadaan bebola matanya terbolak-balik dipercayai akibat disampuk.Budak tu ken« terejon sawan tak, cobe panggel pak dukon.[bu.dA/ tu k«.n« t«Ä«.dZon sA.wAn tA/ tSo.b« pAN.gel pA/ du.kon]Budak itu kena terejon sawan akibat sampuk tak?
1234567

Kembali ke atas