menggogoh | [m«N.go.goh] | kata kerja | menangkap ikan di sawah atau anak sungai yang hampir kering, dengan meraba-raba menggunakan sebelah atau dua belah tangan. | Ae sawah dah nak kereng, mari le kite menggogoh. | [Ae sA.wAh dAh nA/ k«.ÄeN mA.Äi l« ki.t« m«N.go.goh] | Air sawah dah nak kering, marilah kita menggogoh. |
tambun | [tAm.bon] | kata nama | kolam kecil yang dibina di dalam petak sawah untuk memerangkap ikan. Biasanya berukuran lebih kurang sepuluh kaki panjang dan sepuluh kaki lebar. Lumpur digunakan untuk membina dinding tambun. Dinding tambun yang bersempadan dengan petak-petak sawah dibuat lubang bagi membolehkan ikan dari petak-petak tersebut masuk ke dalam tambun. | Taon ni aku due tige tambon kat sawah. Puas le makan ikan. | [tAon ni A.ku du.w« ti.g« tAm.bon kAt sA.wAh pu.wAs l« mA.kAn i.kAn] | Tahun ini aku buat dua tiga kolam ikan di sawah. Puaslah makan ikan. |
perari | [p«.ÄA.Äi] | kata kerja | bergotong-royong mengerjakan sawah, berderau. | Besok aku perari sawah die. | [be.so/ A.ku p«.ÄA.Äi sA.wAh di.j«] | Esok aku bergotong-royong di sawahnya. |
paku mengawan | [pA.ku m«.NA.wAn] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek | | | |
rumput sudu itek | [Äum.put su.du i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot tapak itek.. | | | |
rumpot tapak itek | [rum.pot tA.pA/ i.te/] | | sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek.. | | | |
naek padi | [nAe/ pA.di] | | proses menuai dan membawa padi naik dari sawah. | Dah dekat nak naek padi, kene le siap lesong. | [dAh d«.kAt nA/ nAe/ pA.di k«.n« l« si.jAp l«.soN] | Sudah dekat nak naik padi, kenalah siapkan lesong. |
tutup tebing | [tu.top t«.biN] | [tu.top t«.biN] | menampal lubang laluan air pada dinding tambun dengan lumpur sawah atau rumpun padi bagi menimba ikan. | Kau kene le tolong bapak tutop tebing dulu, baru boleh nimbe ikan. | [kAw k«.n« l« to.loN bA.pA/ tu.top t«.biN du.lu bA.Äu bo.leh nim.b« i.kAn] | Engkau kenalah tolong bapak tutup lubang laluan air dahulu, barulah boleh menimba ikan. |
tanah pase bulan | [tA.nAh pA.se bu.lAn] | | sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman. | Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die. | [kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«] | Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah. |
menyiak | [m«.øi.jA/] | kata nama | suatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi. | Musem ni, kau dah menyiak? | [mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/] | Musim ini, engkau sudah menyiak? |