kayu ibu | [kA.ju i.bu] | | kayu sebesar ibu jari kaki dan berukuran kira-kira sekaki yang digunakan dalam permainan konda kondi. | Ape le kayu ibu kau ni bengkok. Macam mane nak pukol? | [A.p« l« kA.ju i.bu kAw ni bEN.ko/ mA.tSAm mA.n« nA/ pu.kol] | Apalah kayu ibu engkau ini bengkok. Bagaimana hendak pukul? |
letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |
lesong pipit | [l«.soN pi.pet] | | lesung kayu bersaiz kecil yang panjangnya antara sekaki dan dua setengah kaki, digunakan untuk menumbuk beras, pulut dan kacang hijau. | Kacang ijau ni secoet, kau tumbok aje pakai lesong pipet. Nanti boleh buat kue koye. | [kA.tSAN i.dZAw ni s«.tSoet kAw tum.bo/ A.dZ« pA.kAj l«.soN pi.pet nAn.ti bo.leh bu.wAt kue ko.j«] | Kacang hijau ini sedikit sahaja, engkau tumbuk sahaja pakai lesung pipit. Nanti boleh buat kuih koya. |