Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
puas ketotak[pu.wAs k«.to.tA/] lama berubat ; puas ketontang.Dah puas ketotak sane sini, baru baek.[dAh pu.wAs k«.to.tA/ sA.n« si.ni bA.Äu bAe/]Sudah lama berubat sana sini, baru sembuh.
puas ketontang[pu.wAs k«.ton.tAN] lama berubat; puas ketotak.Dah puas ketontang sane sini, baru baek.[dAh pu.wAs k«.ton.tAN sA.n« si.ni bA.Äu bAe/]Sudah lama berubat sana sini, baru sembuh.
mengano[m«.NA.no]kata adjektifkemaruk terhadap makanan misalnya ketika berbuka puasa atau selepas sembuh daripada sakit.Lepas baek saket, mule le mengano.[l«.pAs bAe/ sA.ket mu.l« l« m«.NA.no]Selepas baik sakit, mulalah mengano.

Kembali ke atas