Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia] | سيا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus mar­ginatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia] | سيا

Definisi : ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
andau[An.dAw]kata tugassia-sia.Andau aje kau beli barang ni, pakai kejap dah rosak.[An.dAw A.dZ« kAw b«.li bA.ÄAN ni pA.kAj k«.dZAp dAh Äo.sA/]Sia-sia sahaja engkau beli barang ini, pakai sekejap sudah rosak.
jerok antu[dZ«.Äo/ An.tu] buah durian yang gugur pada peringkat awal yang busuk sepenuhnya.Andau aje aku kutep bawak balek, bile kopek jerok antu.[An.dAw A.dZ« A.ku ku.tep bA.wA/ bA.le/ bi.l« ko.pe/ dZ«.Äo/ An.tu]Sia-sia sahaja aku kutip bawa balik, apabila dikopek, buah durian itu busuk sepenuhnya.
sia[si.jA]kata namakayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak.[pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/]Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak.
mempisang[m«m.pi.sAN]kata nama1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau.[kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw]Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau.

Kembali ke atas