takal-takel | [tA.kAl.tA.kel] | kata adjektif | berkenaan permukaan yang tidak rata. | Jalan ni takal-takel, bawak kete baek-baek. | [dZA.lA ni tA.kAl.tA.kel bA.wA/ ke.t« bAe/.bAe/] | Jalan ini takal-takel, bawa kereta baik-baik. |
kekau | [k«.kAw] | kata kerja | cakar. | Calau-balau ni tak laen kene kekau kuceng le ni. | [tSA.lAw.bA.lAw ni tA/ lAen k«.n« k«.kAw ku.tSeN l« ni] | Calar-balar ini tak lain kena cakar kucinglah ini. |
perot muda | [p«.Äot mu.d«] | | bahagian perut dari aras pusat ke ari-ari. | Aku tak tahu ngape, perot mude aku ni rase senak. | [A.ku tA/ tA.hu NA.p« p«.Äot mu.d« A.ku ni ÄA.s« s«.nA/] | Aku tidak tahu mengapa perut muda aku ini terasa senak. |
bencah | [b«n.tSAh] | kata kerja | merebak atau meresap (cecair) di atas permukaan seperti kertas, kain dan sebagainya. | Ketas ni tak bagos, kene dakwat die bencah. | [k«.tAs ni tA/ bA.gos k«.n« dA/.wAt di.j« b«n.tSAh] | Kertas ini tidak bagus, kena dakwat, ia merebak. |
keket | [ke.ket] | kata adjektif | berkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus. | Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket. | [po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket] | Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur. |
betare | [b«.tA.Ä«] | kata adjektif | berkenaan cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kuat pada hujung dan awal tahun. Biasanya bulan Disember dan Januari. | Musem betare ni kau jangan maen bawah pokok, takot pokok tumbang nanti. | [mu.sem b«.tA.Ä« ni kAw dZA.NAn mAen bA.wAh po.ko/ tA.kot po.ko/ tum.bAN nAn.ti] | Musim betare ini engkau jangan main bawah pokok, takut pokok tumbang nanti |
cengkam kere | [tS«N.kAm k«.Ä«] | | ikatan untuk menyambung dua utas tali dengan membelitkannya sebanyak dua kali antara satu sama lain. Hujung tali yang terkemudian dibelit dan dimasukkan ke dalam lingkaran yang terbentuk di tengah-tengah belitan sebelum kedua-dua tali ditarik sehingga tersimpul. | Ikat le tali ni pakai cengkam kere, baru kuat. | [i.kAt l« tA.li ni pA.kAj tS«N.kAm k«.Ä« bA.Äu ku.wAt] | Ikatlah tali ni pakai cengkam kera, baru kuat. |
kala-bata | [kA.lA.bA.tA] | kata nama | persengketaan yang berlarutan antara ahli keluarga. | Dulu kawen suke same suke. Ni dah kala-bata, mak tak mau campo. | [du.lu kA.wen su.k« sA.m« su.k« ni dAh kA.lA.bA.tA mA/ tA/ mAu tSAm.po] | Dulu kahwin suka sama suka, sekarang sudah bersengketa, emak tidak mahu masuk campur. |
kenak | [k«.nA/] | kata adjektif | berkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati. | Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite. | [s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«] | Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita. |
padi layang | [pA.di lA.jAN] | | padi yang tidak berisi. | Taon ni nasib kite kurang baek, banyak padi layang. | [tA.won ni nA.sib ki.t« ku.ÄAN bAe/ bA.øA/ pA.di lA.jAN] | Banyak padi yang tidak mengandungi isi pada tahun ini. |