kepale tikau | [k«.pA.l« ti.kAw] | | bahagian hujung tikar yang mempunyai lipatan tebal. | Aku tengah buat kepale tikau. | [A.ku t«.NAh bu.wAt k«.pA.l« ti.kAw] | Aku sedang buat kapala tikar. |
begunyas | [b«.gu.øAs] | kata adjektif | berkenaan kertas, tikar, kain dan lain-lain yang remuk. | Abes sapan tikau aku, begunyas kau kejekan. | [A.bes sA.pAn ti.kAw A.ku b«.gu.øAs kAw k«.dZ«.kAn] | Habis jahanam tikar aku, hancur engkau kerjakan. |
carot | [tSA.Äot] | ] kata adjektif | berkenaan anyaman yang tersalah, misalnya dua petak yang sepatutnya berselang-seli atau bertindan-tindih tetapi sebaliknya. | Tikau aku ni carot pulak. | [ti.kAw A.ku ni tSA.Äot pu.lA/] | Tikar aku ini tersalah anyam pulak. |
mengkuang Keling | [m«N.ku.wAN k«.liN] | | sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang kampong. | | | |
mengkuang kampong | [m«N.ku.wAN kAm.poN] | | sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang keling. | | | |
buat hubong | [bu.wAt hu.boN] | | menyambung pada hujung helaian daun tikar yang sedang dianyam kerana telah pendek, dengan menggunakan helaian daun yang baharu supaya tikar itu boleh menjadi lebih panjang atau lebar. | Ni dah kontot sangat ni, baek kau buat hubong. | [ni dAh kon.tot sA.NAt ni bAe/ kAw bu.wAt hu.boN] | Ini sudah kontot sangat, baik kau sambungkannya dengan daun baharu. |
matikan sementara | [mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA] | | mematikan anyaman tikar yang belum siap supaya tidak terburai. | Baek matikan sementara tikau ni. Lepas keje kawen nanti anyam balek. | [bAe/ mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA ti.kAw ni l«.pAs k«.dZ« kA.wen nAn.ti A.øAm bA.le/] | Baik dimatikan sementara anyaman tikar ini supaya tidak terburai. Lepas kenduri kahwin nanti dianyam semula. |
nginci | [Nin.tSi] | kata kerja | mewarnakan helaian-helaian daun mengkuang dan lain-lain untuk dibuat tikar. | Aku baru nak melurut, kau dah nginci. | [A.ku bA.Äu nA/ m«.lu.Äut kAw dAh Nin.tSi] | Aku baru hendak melurut, engkau sudah mewarna. |
mengandong burokkan tikau bantal | [m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] | | kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah. | Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal. | [A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] | Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal. |