laluan tikus | [lA.lu.wAn ti.kus] | | kayu yang dipasang melintang di antara dua tiang bumbung. | Kau buat rumah aku ni nanti jangan lupe pasang laluan tikus. | [kAw bu.wAt Äu.mAh A.ku ni nAn.ti dZA.NAn lu.p« pA.sAN lA.lu.wAn ti.kus] | Engkau buat rumah aku ini nanti jangan lupa pasangkan kayu melintang di bumbung. |
beterombe | [b«.t«.Äom.b«] | kata kerja | kejar-mengejar dalam kalangan manusia, biasanya kanak-kanak di atas lantai papan rumah kampung, atau binatang biasanya tikus, di atas siling sehingga mengeluarkan bunyi bising. | Kuceng tak de, tikus beterombe kat siling. | [ku.tSeN tA/ d« ti.kus b«.t«.Äom.b« kAt si.liN] | Kucing tidak ada, tikus kejar mengejar di atas siling. |
menyiak | [m«.øi.jA/] | kata nama | suatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi. | Musem ni, kau dah menyiak? | [mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/] | Musim ini, engkau sudah menyiak? |