letop-letop | [l«.top.l«.top] | kata nama | sejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang dibuat daripada buluh kecil kira-kira sebesar jari telunjuk dan panjangnya kira-kira sekaki. Dengan menggunakan kayu letup sebiji buah cenderai dimasukkan dan ditolak ke hujung buluh itu, manakala sebiji buah cenderai muda lagi dimasuk dan diletakkan pada pangkal buluh. Buah cenderai yang ada dipangkal akan ditolak dengan kuat dan menghasilkan letupan. | Nak maen letop-letop pegi jauh-jauh. Takot tekene adek. | [nAk mAen l«.top.l«.top p«.gi dZAuh.dZAuh tA.kot t«.k«.n« A.de/] | Hendak main letup-letup pergi jauh-jauh. Takut terkena adik. |
tutup tebing | [tu.top t«.biN] | [tu.top t«.biN] | menampal lubang laluan air pada dinding tambun dengan lumpur sawah atau rumpun padi bagi menimba ikan. | Kau kene le tolong bapak tutop tebing dulu, baru boleh nimbe ikan. | [kAw k«.n« l« to.loN bA.pA/ tu.top t«.biN du.lu bA.Äu bo.leh nim.b« i.kAn] | Engkau kenalah tolong bapak tutup lubang laluan air dahulu, barulah boleh menimba ikan. |
kayu letop | [kA.ju l«.top] | | alat penolak dalam permainan letup-letup yang diperbuat daripada bilah buluh yang kecil. | Nyampah betul, kayu letop aku ni asyik patah aje. | [øAm.pAh b«.tul kA.ju l«.top A.ku ni A.Si/ pA.tAh A.dZ«] | Menyampah betul, kayu letup aku ini selalu sahaja patah. |
silang gunteng | [si.lAN gun.teN] | | tingkap kecil di bahagian bumbung dapur yang boleh dibuka dan ditutup untuk membolehkan asap keluar. | Lepas masak tutop silang gunteng, nanti ae ujan masok. | [l«.pAs mA.sA/ tu.top si.lAN gun.teN nAn.ti Ae u.dZAn mA.so/] | Lepas masak tutup silang gunting, nanti air hujan masuk |