[tut] | توت
Definisi : hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik): rambutan ~; mengetut mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain (utk mendapatkan baka yg lebih baik); pengetutan perihal (kerja) mengetut; pengetut orang yg menjalankan kerja me-ngetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tut] | توت
Definisi : kaedah pembiakan yg merangsang percambahan akar pd ranting yg dikelar dan dibebat dgn tanah: jambu ~; rambutan ~. ~ lentur cara menghasilkan tut dgn melenturkan dahan atau batang ke tanah dan bahagian yg dikelar ditimbus. mengetut mengelar dan membebat ranting dgn tanah agar akar bercambah utk dijadikan benih. pengetutan perbuatan (hal, proses dsb) mengetut. pengetut orang yg mengetut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)