Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1. alat kerajaan, tanda kebesaran (pedang, payung, dll); 2. majlis menurut adat (kebiasaan, agama), keramaian atau peralatan (menurut adat): seisi negeri menyaksikan ~ perkahwinan tersebut; 3. seluruh perbuatan yg dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu (utk merasmikan, memperingati, merayakan, melantik, dll): ~ penobatan; ~ perasmian persidangan; 4. sl perihal meng-hormati dgn rasmi (tetamu dll), penghormat-an rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pa.ca.ra] | اوڤاچارا

Definisi : 1 majlis keramaian mengikut sesuatu adat kebiasaan atau agama: ~ mencukur kepala anak kecil. 2 majlis rasmi (utk melantik seseorang, memperingati sesuatu dll): ~ pelantikan menteri baru sudah dijalankan pagi tadi. 3 tanda kebesaran (spt payung, pedang); alat kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upacara


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
rateb jalan[ÄA.teb dZA.lAn] upacara berzikir sambil berjalan sekeliling kampung selepas menuai padi.Padi dah abes tuai, minggu depan boleh le kite rateb jalan.[pA.di dAh A.bes tu.wAj miN.gu d«.pAn bo.leh l« ki.t« ÄA.teb dZA.lAn]Padi sudah dituai, minggu hadapan bolehlah kita adakan upacara ratib jalan.
naek tiang[nAe/ ti.jAN s«.Äi] upacara menegakkan tiang seri. Dalam upacara tersebut sehelai kain batik bersama-sama daun ribu-ribu diikat pada tiang seri rumah sebelum tiang itu ditegakkan.Kalau tak esok, luse kite dah boleh le naek tiang seri[kA.lAw tA/ E.so/ lu.s« ki.t« dAh bo.leh l« nAe/ ti.jAN s«.Äi]Kalau tidak esok, lusa kita sudah bolehlah jalankan upacara menegakkan tiang seri rumah.
naek buai[nAe/ bu.wAj] suatu upacara yang dilakukan sebelum bayi menggunakan buaian buat kali yang pertama. Bidan akan memasukkan barang-barang seperti dua genggam beras diisi di dalam gayung, anak lesung batu dan kitab suci al-Quran lalu dibuai sebanyak tujuh kali sambil bidan membaca doa. Kemudian barang-barang dan al-Quran tersebut cepat-cepat dikeluarkan dan selepas itu baru bayi dimasukkan ke dalam buaian.Kau kena panggel bidan yang pandai naek buai dulu baru anak kau ni boleh naek buaian.[kAw k«.nA pAN.gel bi.dAn jAN pAn.dAj nAe/ bu.wAj du.lu bA.Äu A.nA/ kAw ni bo.leh nAe/ bu.wAj.jAn]Engkau kena panggil bidan yang pandai menjalankan upacara naik buaian dulu, baru anak engkau boleh menggunakan buaian.
seri rumah[s«.Äi Äu.mAh] upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumahKau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom?[kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom]Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum?
semangat rumah[s«.mA.NAt Äu.mAh] upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumahKau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom?[kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom]Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum?

Kembali ke atas