penanggah | [p«.nAN.gAh] | kata nama | 1. orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin. | Semue penanggah kite beri kue dan bunge telo. | [s«.mu.w« p«.nAN.gAh ki.t« b«.Äi kue dAn bu.N« t«.lo] | Semua penanggah kita beri kuih dan bunga telur. |
menyelanak | [m«.ø«.lA.nA/] kata kerja | kata kerja | 1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang. | Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse. | [m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«] | Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |