Glosari Matematik Untuk Sekolah
pemilihan rawak | random selection | Kaedah pemilihan yang membolehkan setiap ahli dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dikenali juga sebagai pensampelan rawak. | Menengah Atas |
pelaburan | investment | Wang yang digunakan untuk perniagaan tertentu yang akan memberi keuntungan pada masa hadapan seperti pembelian saham, dan menjadi ahli koperasi sekolah. | Sekolah Rendah |
sifat kalis agihan | distributive property | Sifat operasi pendaraban yang membolehkan hasil pendaraban terhadap satu set nombor sama dengan hasil darab nombor ahli set tersebut secara berasingan. Contohnya, 2 (3 + 4) = 2 × 3 + 2 × 4. | Menengah Atas |
Kembali ke atas