ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44. | Menengah Atas |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
sudut refleks | reflex angle | Sudut yang lebih daripada 180° dan kurang daripada 360°. Lihat Contoh | Menengah Atas |
sudut refleks | reflex angle | Sudut yang lebih daripada 180° dan kurang daripada 360°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut cakah | obtuse angle | Sudut yang lebih daripada 90°, tetapi kurang daripada 180°. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
kurang daripada atau sama dengan | less than or equal to | Nombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri. | Menengah Atas |
sudut cakah | obtuse angle | Sudut yang berukuran lebih daripada 90° dan kurang daripada 180°. Lihat rajah | Menengah Atas |
sudut cakah | obtuse angle | Sudut yang berukuran lebih daripada 90° tetapi kurang daripada 180°. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5. | Menengah Rendah |
kurang daripada | less than | Nombor di sebelah kiri simbol mempunyai nilai yang kurang daripada nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah <. Contohnya, 7 < 8 bermaksud 7 kurang daripada 8. | Menengah Atas |