graf halaju-masa | velocity-time graph | Graf yang menunjukkan hubungan antara halaju sesuatu objek dalam tempoh masa yang tertentu. Kecerunan garis pada graf menunjukkan ukuran pecutan. Luas di bawah graf menunjukkan jarak yang dilalui oleh objek berkenaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
graf jarak-masa | distance-time graph | Graf yang menunjukkan jarak perjalanan per unit masa. Kecerunan graf menunjukkan ukuran laju. Lihat rajah | Menengah Atas |
graf garis | line graph | Graf yang menggunakan tembereng garis untuk menghubungkan titik data dan memaparkan perubahan terhadap data dalam tempoh tertentu. Lihat rajah | Menengah Atas |
graf garis | line graph | Graf yang terhasil daripada garis yang menyambungkan titik-titik yang mewakili data tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
graf fungsi | graph of function | Graf yang terhasil daripada fungsi tertentu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
graf | graph | Rajah, gambar atau carta yang menunjukkan data seperti graf garis, carta palang dan piktograf. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
graf | graph | Perwakilan data dalam bentuk gambar rajah yang digunakan untuk memaparkan sesuatu maklumat. | Menengah Atas |
graf | graph | Gambar rajah yang menunjukkan hubungan antara dua atau lebih set nombor yang berkait antara satu sama lain. | Menengah Rendah |
graf bar | bar graph | Lihat carta palang. | Menengah Atas |
ogif | ogive | Graf keluk kekerapan longgokan untuk menunjukkan taburan satu data. Lihat rajah | Menengah Atas |