skala | scale | Nisbah ukuran lukisan kepada ukuran objek sebenar. Skala = ukuran lukisan : ukuran objek sebenar. | Menengah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim. | Menengah Atas |
ukuran padu | cubic measurement | Ukuran jumlah isi padu yang menggunakan unit meter padu, sentimeter padu dan lain-lain. | Menengah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Unit ukuran dalam sistem metrik seperti meter, gram, dan liter. | Sekolah Rendah |
nisbah | ratio | Perbandingan ukuran atau nilai dengan ukuran atau nilai yang lain. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
dimensi | dimension | Ukuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajah | Menengah Atas |
luas | area | Ukuran besarnya sesuatu permukaan. Unit ukuran bagi luas ialah sentimeter persegi (cm2) ataupun meter persegi (m2). Rumus luas: luas = panjang × lebar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Unit yang digunakan bagi ukuran timbangan atau sukatan. Contohnya, kilogram dan meter. | Menengah Rendah |
unit bukan piawai | non-standard unit | Unit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ukuran | measurement | Nilai yang diperoleh apabila mengukur panjang, lebar, jarak, jisim, atau isi padu sesuatu. | Sekolah Rendah |