Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Waktu senja tanak pulut,
     Untuk bekal turun ke padang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Inikan pula di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Lang pungguk lang berikan,
     tidur siang berjaga malam.

Bermaksud :

Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.

 

Lihat selanjutnya...(48)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
masatimeTempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain.Menengah Rendah
waktutimeKetika atau masa tertentu. Waktu dinyatakan dalam unit jam dan minit, pagi, tengah hari, petang, malam atau tengah malam.Sekolah Rendah
jadual waktutimetableSusunan acara, aktiviti atau perkara mengikut masa dan waktu yang telah ditentukan. Lihat ContohSekolah Rendah
tahunyearJangka waktu yang lamanya 12 bulan atau 365 hari.Menengah Rendah
mingguweekJangka waktu yang lamanya tujuh hari. 1 minggu = 7 hari.Menengah Rendah
tahun lompatleap yearJangka waktu yang lamanya 366 hari. Ia berlaku setiap 4 tahun.Menengah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m.Menengah Atas
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat ContohMenengah Rendah
jam digitaldigital clockJam yang menunjukkan waktu dalam bentuk nombor digital. Lihat ContohMenengah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m.Menengah Atas
12

Kembali ke atas