Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sebagaimana biasa; tidak ditambah-tambah; tidak dibuat-buat: nasi ~ nasi biasa; nasi putih. 2 sebagaimana semestinya; mengikut keadaan biasa: Mereka menuntut supaya diberi tempat yg ~ dlm masyarakat. mewajarkan menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. kewajaran keadaan atau perihal wajar: Dia memberikan ~ terhadap tindakannya itu. pewajaran perihal atau perbuatan mewajarkan: ~ hendaklah dilakukan terhadap tindakan itu. sewajar; ~ dgn setimbal dgn; sesuai dgn. sewajarnya 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
form~ of address, bentuk sapaan; /good, bad/ ~, /wajar, tdk wajar/: it is considered bad ~ for a lady to act in such a way, memang dirasakan tdk wajar seorang wanita berkelakuan begitu; in ~, a. in a good state of fitness, cukup sihat: he is in good ~ for the fight, dia cukup sihat utk bertarung; b. performing well, approp v + dgn baik: the team was in great ~ last week, pasukan itu bermain dgn cukup baik minggu lepas; c. in good spirits, riang; a matter of ~, sbg formaliti: a vote was taken purely as a matter of ~, pengundian diadakan semata-mata sbg formaliti; off ~, see out of ~; on ~, a. judging from previous performance, berdasarkan prestasi yg lalu; b. see in ~; out of ~, a. not in a good state of fitness, tdk sihat; b. not performing well, tdk approp v + dgn baik: the team was out of ~, pasukan itu tdk bermain dgn baik; c. in poor spirits, tdk riang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
befittingadj wajar, sewajarnya, selayaknya: a ~ example, contoh yg wajar; in a ~ manner, dgn gaya yg sewajarnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expedientadj appropriate, wajar: he found it ~ not to tell them everything, dia merasakan wajar jika dia tdk memberitahu mereka segala-galanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
befitvt wajar, selayaknya; (of clothes) sesuai: behaviour that does not ~ a person of her position, kelakuan yg tdk wajar bagi sso yg berkedudukan spt dia: his clothes ~ the occasion, pakaiannya sesuai utk majlis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
becomingadj 1. befitting, proper (to), wajar: conduct ~ to an officer, kelakuan yg wajar bagi pegawai; 2. attractively suitable, sesuai, padan, cocok, kena benar: a ~ hair-style, potongan rambut yg sesuai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
becomevt 1. befit, be proper for, wajar bagi: his behaviour did not ~ a person of his position, kelakuannya tdk wajar bagi kedudukannya; 2. suit (so.) well, /kena, cocok, sesuai/ betul dgn: that dress ~s her, pakaian itu kena betul dengannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beseemvt (archaic); it ill ~s so. (to do st) tdk /wajar, patut/ (bagi) sso (melakukan sst); it well ~s so. (to do st) /wajar, patut/ (bagi) sso (melakukan sst).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
judg (e)mentagainst o’s better ~, (walaupun) sso merasakan sst tdk wajar: I agreed to sell the shares, against my better ~, saya bersetuju menjual saham itu walaupun saya merasakan perbuatan itu tdk wajar; in my ~, my personal ~ is that, /pd, menurut/ pendapat saya: in my ~, the man is a traitor, pd pendapat saya, dia pembelot; of /good, poor/ ~, /dapat membuat, tdk dapat membuat/ pertimbangan yg baik: a man of good ~, lelaki yg dapat membuat pertimbangan yg baik; pass ~, a. give opinion about st, esp a critical one, membuat anggapan: how can you pass ~ when you haven’t got the facts?, bagaimana kamu membuat anggapan sedangkan kamu tdk ada faktanya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fairlyadv 1. justly, (secara) adil: to act ~, berlaku secara adil; 2. properly, suitably, secara wajar: the officer was not treated ~, pegawai itu tdk dilayan secara wajar; 3. absolutely, betul-betul: the winner was ~ bursting with pride, pemenang itu betul-betul bangga; 4. moderately, agak: her work is ~ good, kerjanya agak baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
due2. appropriate, sewajarnya, wajar: the matter will be given ~ consideration, perkara itu akan diberi pertimbangan yg sewajarnya; take ~ care, betul-betul hati-hati: he took ~ care not to hurt their feelings, dia betul-betul hati-hati agar tdk menyinggung perasaan mereka; 3. owing as an obligation, patut diberikan: the extra money ~ to you will be paid next week, wang lebih yg patut diberikan kpd kamu akan dibayar minggu hadapan; he does not treat him with the respect ~ to a superior, dia tdk memperlakukannya dgn rasa hormat spt ygKamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas