Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dab] | ادب

Definisi : 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dab] | ادب

Definisi : budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab

Puisi
 

Saya tidak membakar arang,
     Abang mengepit si bunga dedap;
Saya tidak kata sebarang,
     Kerana abang tak tahu adab.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grace3. (in pl) pleasing way of behaving or doing things, adab: she doesn’t have any of the social ~s, dia tdk tahu sebarang adab sosial; 4. delay granted as a favour, period of time that remains, tempoh: I was to have paid up by today but then he gave me seven days’ ~, saya sepatutnya menjelaskan hutang saya hari ini tetapi dia memberi saya tempoh selama tujuh hari; 5. God’s mercy and favour, limpah kurnia: by the ~ of God, dgn limpah kurnia Tuhan; he relied on God’s ~ and wisdom, dia berharap kpd limpah kurnia dan hikmat Tuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
correctituden sopan, adab: he behaved with the utmost ~, dia berkelakuan dgn penuh sopan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courteousadj penuh /budi bahasa, adab, sopan-santun/; (of person) berbudi bahasa, beradab, bersopan-santun: a ~ welcome, sambutan yg penuh budi bahasa; they were ~ to me, mereka berbudi bahasa thdp saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
customn 1. tradition of a society, adat (resam): local ~s, adat resam tempatan; to study the manners and ~s of the aboriginal people, mengkaji adab sopan dan adat resam orang-orang asli; 2. habitual practice, kebiasaan, kelaziman: it is the ~ in our family to celebrate birthdays and anniversaries, sudah menjadi kelaziman dlm keluarga kami merayakan hari lahir dan hari ulang tahun; 3. patronage, langganan: she withdrew her ~ and shopped elsewhere, dia menarik balik langganannya dan membeli di tempat lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gracelessadj 1. lacking grace in movement, canggung, kekok; 2. lacking elegance, unattractive, tdk menarik: squat, ~ furniture, perabot yg dempak dan tdk menarik; 3. lacking good manners, (of person) kurang /berbahasa, adab, sopan/; (of remark, comment, etc) kurang sopan: his ~ remarks embarrassed the other guests, kata-katanya yg kurang sopan itu menyebabkan para tetamu yg lain berasa malu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consistentadj 1. marked by harmony, regularity, continuity, tekal, konsisten: a ~ advocate of social reform, penyokong reformasi sosial yg tekal; an unimaginative but ~ player, pemain yg tdk berimaginasi tetapi tekal; well-thought-out and ~ arguments, hujah-hujah yg baik dan tekal; 2. in agreement, sejajar, selaras: behaviour that is not ~ with good manners, kelakuan yg tdk selaras dgn adab kesopanan; what you say now is not ~ with the statement you made last week, apa yg kamu katakan sekarang tdk sejajar dgn kenyataan yg kamu buat minggu lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behavevi 1. conduct os (in a specified way) berkelakuan, bertingkah laku; (foll by “with courage” etc) bertindak: stop behaving like a child, jangan berkelakuan spt kanak-kanak; he ~d with great courage during the fire, dia bertindak dgn beraninya semasa kebakaran itu; ~ + adv /towards, to/, berlaku + adv thdp: he ~d badly towards his wife, dia berlaku jahat thdp isterinya; 2. conduct os with propriety, berkelakuan baik, bersopan: the children are taught to ~, kanak-kanak itu diajar berkelakuan baik; know how to ~, tahu /adab, berbudi pekerti/; teach so. how to ~, mengajar sso /beradab, berbudi pekerti, bersopan/; 3. act in a particular way, bertindak: observe how the metal ~s under pressure, perhatikan bagaimana logam itu bertindak di bawah tekanan; 4. function in a particular way, tdk meragam: the car ~d well on the trip, kereta tersebut tdk meragam dlm perjalanan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas