Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), me­nang­gung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya; berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bendera, panji-panji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini ciptaan Tuhan. ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lam]/[Öa.lam] | عالم

Definisi : ; mengalami merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. pengalaman apa-apa yg pernah dialami: Beliau telah menceritakan ~nya di rantau orang kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Lah sesak alam tempat diam,
     tak berbumi tempat tegak.

Bermaksud :

Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
kingdom -comen (sl) alam baqa; gone to ~, kembali ke alam baqa; till ~, (sl) sampai kucing bertanduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Creationn; the ~, a. (act) penciptaan alam; b. the universe, khalikah, alam semesta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beyondn; the ~, a. the unknown, alam ghaib; b. the hereafter, alam baqa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
environmentaladj 1. of, rel to the natural world, alam sekitar, persekitaran: ~ pollutants, bahan cemar alam sekitar; 2. of, caused by o’s surroundings, persekitaran: many ~ factors must be considered when dealing with these children, banyak faktor persekitaran yg mesti diambil kira apabila menghadapi kanak-kanak ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kingdomn 1. territory ruled by king, kerajaan; 2. (of the natural world) alam, dunia: the animal ~, alam haiwan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homen 1. o’s dwelling, rumah, tempat tinggal: I work in K.L. but my ~ is in Shah Alam, saya bekerja di K.L. tetapi rumah saya di Shah Alam; a ~ of their own, rumah mereka sendiri; 2. place where one was born, tempat asal: Ipoh is my ~ but I have been living abroad for many years, Ipoh ialah tempat asal saya tetapi saya telah tinggal di luar negeri bertahun-tahun; 3. place where one lives, kampung halaman: he was born in Indonesia, but Malaysia is now his ~, dia dilahirkan di Indonesia, tetapi Malaysia menjadi kampung halamannya sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inspirationn 1. influence arousing creative activity, ilham, inspirasi: Wordsworth drew his ~ from nature, Wordsworth mendapat ilham drpd alam semula jadi; he found ~ in the peace and quiet about him, dia mendapat ilham drpd alam sekelilingnya yg sunyi dan tenang; 2. source that inspires, sumber /ilham, inspirasi/: his father was his ~, bapanyalah sumber ilhamnya; 3. inspired thought, idea, ilham, inspirasi: watching the ducks in the pond, he had a sudden ~, semasa merenung itik-itik di kolam itu, tiba-tiba dia mendapat ilham; 4. process of breathing in air, inspirasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hereaftern alam baqa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dreamlandn alam impian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
environmentalistn pencinta alam sekitar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas