Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
addressn 1. (of person, organisation, etc) alamat: business ~, alamat perniagaan; to change o’s ~, bertukar alamat; 2. (on letter, parcel, etc) alamat; 3. formal speech, ucapan; (by monarch, regent) titah ucapan: the chairman delivered a short ~, pengerusi menyampaikan ucapan yg ringkas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
addressvt 1. put address on, membubuh alamat pd: to ~ a letter, membubuh alamat pd surat; 2. direct, a. (letter, package, etc) mengalamatkan: a parcel ~ed to the mayor, bungkusan yg dialamatkan kpd Datuk Bandar; kindly ~ all enquiries to P.O. Box 10803, sila alamatkan segala pertanyaan ke P.S. 10803; b. (remark, criticism, reproach, etc) menujukan: to ~ a criticism to so., menujukan kritikan kpd sso; c. (protest, petition, etc) mengemukakan, mengajukan, mengutarakan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forwarding addressn alamat penghantaran semula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
care~ of, di alamat; have a ~, (old-fashioned) hati-hatilah, jaga-jaga; /in, under/ /the ~ of so., so’s ~/, di bawah /jagaan, penjagaan/ sso; take ~, berhati-hati, berjaga-jaga, bercermat-cermat; take ~ of, a. see to, mengurus: my secretary will take ~ of the travelling arrangements, setiausaha saya akan mengurus segala hal ttg perjalanan; b. look after, menjaga: she is old enough to take ~ of herself, dia sudah cukup dewasa utk menjaga dirinya (sendiri); with ~, dgn /hati-hati, cermat, teliti/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
business addressn alamat pejabat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
auguryn omen, alamat, pe(r)tanda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
addressographn mesin alamat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accommodation addressn alamat surat-menyurat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
betokenvt menandakan, mengalamatkan, merupakan alamat bahawa: the black clouds ~ rain, awan hitam menandakan hari akan hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
badit’s a ~ omen, itu alamat buruk; ~ weather, cuaca (yg) buruk; 3. serious, severe, a. (of occurrence) buruk, dahsyat: a ~ flood, keadaan banjir yg buruk; there have been several ~ accidents at this junction, telah berlaku beberapa kemalangan buruk di simpang ini; a ~ forest fire, kebakaran hutan yg dahsyat; b. (of illness) teruk: he has a ~ cold, dia mendapat selesema yg teruk; c. (of wound, injury) parah, teruk: a ~ cut on the forehead, luka parah di dahi; d. (of error) besar, buruk: a ~ mistake, kesilapan besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas