Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai an­jung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan meme­gang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak di­naik­kan; 2. = menganjung-anjung, meng­anjung-anjungkan memuji-muji, meng­angkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (pera­hu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jung] | انجوڠ

Definisi : bahagian rumah (di tengah atau di sisi) yg lantainya ditinggikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjung

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bridge1n 1. structure a. (over river, canal, road, etc) jambatan; b. (over small stream, drain, etc) titi(an): a plank is used as a ~ over the stream, sekeping papan digunakan sbg titi utk menyeberangi anak sungai itu; 2. connecting agent, link, perantara, penghubung, jambatan: he served as a ~ between the government and the people, beliau merupakan penghubung antara kerajaan dgn rakyat; 3. bridge of the nose, batang hidung; 4. (of stringed instruments) kekuda: the ~ of a violin, kekuda biola; 5. (naut), /anjung-anjung, anjungan/ (kapal); 6. see BRIDGE PASSAGE; 7. (dentistry) jambatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landingn 1. act of coming or bringing aircraft etc down to the ground, pendaratan, mendarat: the small plane made an emergency ~ on one of the island’s airstrips, kapal terbang kecil itu membuat pendaratan kecemasan di salah sebuah pangkalan terbang di pulau itu; 2. (a military operation) arrival of troops, pendaratan: the enemy made several ~s on the coast, pihak musuh membuat beberapa pendaratan di pantai; 3. also landing place, small platform from where boats etc take on or off cargo, people, pangkalan: along the river you’ll find a few ~ places, di sepanjang sungai itu kamu akan menemui beberapa buah pangkalan; 4. level area at the top of or between two flights of stairs, /pelantar, anjung/ tangga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas