Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sal] | اصل

Definisi : 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancang­an ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli; ~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula); diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sal] | اصل

Definisi : 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
genesisn 1. (fml) origin, asal usul, azali: the ~ of civilization, asal usul tamadun; 2. G~, (Christianity) Genesis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backslidevi kembali /ke asal, ke perangai lama/, /berbuat dosa, melakukan kejahatan, menyeleweng/ /semula, kembali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backslidern orang yg kembali /ke asal, ke perangai lama/, orang yg /berbuat dosa, melakukan kejahatan, menyeleweng/ /semula, kembali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heraldryn study of coats of arms and the history of old families, ilmu asal-usul dan lambang kebangsawanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countryn 1. a. nation, negara: the countries of Europe, negara-negara Eropah; ~ of origin, negara asal; b. motherland, tanah air, tanah tumpah darah, ibu pertiwi: to die for o’s ~, berkorban utk tanah air; c. territory occupied by a particular nation, negeri, negara: only one quarter of the ~ is under cultivation, hanya satu perempat negeri itu ditanami dgn tanaman; people came from all over the ~ to pay their last respects to the dead president, orang datang dr merata-rata negeri utk memberikam penghormatan terakhir kpd mendiang president itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circlea ~ of /people, animals, things/ around /so., st/, /orang-orang, binatang, benda/ di sekeliling /sso, sst/; argue in ~s, berhujah berbalik-balik; come full ~, pulang ke asal; go round in ~s, a. move about confusedly, berpusing-pusing: the tourist went round in ~s trying to find their hotel, pelancong itu berpusing-pusing mencuba mencari hotelnya; b. use long complicated method, bercakap berbelit-belit: he always goes round in ~s when he tries to explain something, dia selalu bercakap berbelit-belit apabila dia mencuba menghuraikan sesuatu; c. go over the same ideas, berbalik-balik: they kept going round in ~s trying to decide what to do next, mereka berbalik-balik semasa mencuba menentukan apa yg harus dibuat selepas itu; /sit, stand, etc/ in ~ around /so., st/, /duduk, berdiri, dll/ /mengelilingi, di keliling/ /sso, sst/; vicious ~, a chain of cause and effect, lingkaran /ganas, syaitan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distinguishableadj 1. that can be discriminated from others, /dapat, boleh/ dibezakan: the forged signature was hardly ~ from the authentic one, tandatangan palsu itu sukar dibezakan drpd yg asal; 2. that can be perceived, /dapat, boleh/ dilihat dgn jelas; (by sense of hearing), /dapat, boleh/ didengar: the bad weather made the mountains hardly ~, cuaca buruk menyebabkan gunung itu tdk dapat dilihat dgn jelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affixn 1. (gram. ) imbuhan; 2. addition, tambahan: the final paragraph is an ~ to the original essay, perenggan akhir itu adalah tambahan kpd esei asal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exactat this ~ /spot, place/, betul-betul di sini; 2. correct in every detail, benar-benar, betul-betul: it is the ~ replica of the original statue, patung itu ialah betul-betul replika patung yg asal; she is the ~ opposite of her twin, dia benar-benar berlainan drpd kembarnya; 3. meticulous, persis, jitu: this job requires a very ~ person, kerja ini memerlukan orang yg persis; 4. (of science) jitu: physics is an ~ science, fizik ialah sains jitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homen 1. o’s dwelling, rumah, tempat tinggal: I work in K.L. but my ~ is in Shah Alam, saya bekerja di K.L. tetapi rumah saya di Shah Alam; a ~ of their own, rumah mereka sendiri; 2. place where one was born, tempat asal: Ipoh is my ~ but I have been living abroad for many years, Ipoh ialah tempat asal saya tetapi saya telah tinggal di luar negeri bertahun-tahun; 3. place where one lives, kampung halaman: he was born in Indonesia, but Malaysia is now his ~, dia dilahirkan di Indonesia, tetapi Malaysia menjadi kampung halamannya sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas