Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gi] | بهاݢي

Definisi : belahan drpd sesuatu benda: benda itu dikerat menjadi empat ~; dua ~ sl dua pertiga; tiga ~ sl tiga perempat;membahagi 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;membahagikan 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan;membahagi-bahagikan 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah;terbahagi dibahagi, dibahagikan;bahagian 1. hasil drpd membahagi: dibahagikan kpd tiga ~; 2. penggal (buku, cerita, dll): ~ terakhir buku itu tidak menarik; 3. hak atas barang yg dibahagi, habuan: ~ saya belum saya terima lagi; 4. sesuatu (benda, alat, dll) yg menyempurnakan barang yg lain: ~ tubuh; 5. unit dlm sesuatu jabatan (syarikat dll) yg menjalankan fungsi tertentu: ~ kewangan; 6. untung nasib: setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;sebahagian setengah, segolongan;pembahagian perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya;pembahagi 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gi] | بهاݢي

Definisi : penggal atau belahan drpd sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.gi] | بهاݢي

Definisi : belahan drpd sesuatu: penggal: Kayu yg panjang itu dikerat menjadi empat ~. kira-kira ~ hitungan memecahkan sesuatu (nombor dsb) kpd beberapa kumpulan tertentu (spt 10÷2 atau atau 2 10 = 5). membahagi 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. membahagikan 1 membelah sesuatu menjadi beberapa kumpulan: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ Semenanjung Tanah Melayu kpd dua kawasan. 2 memberikan sesuatu kpd beberapa orang atau berapa kumpulan: Saya telah ~ wang itu kpd adik-adik saya. 3 menjadikan sesuatu angka lebih kecil drpd yg mula-mula; mengecilkan sesuatu angka dgn sesuatu angka yg lain: Guru menyuruh saya ~ 6981 dgn 3. bahagian 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. terbahagi sudah dibahagikan. pembahagian 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. pembahagi angka yg digunakan utk membahagikan sesuatu angka yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagi


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dividersn alat bahagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
division signn tanda bahagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divisionn 1. (math) pembahagian, bahagi: long ~, pembahagian panjang; short ~, pembahagian pendek; 2. separation into parts, pembahagian: the ~ of a country into electoral districts, pembahagian sesebuah negara kpd kawasan-kawasan pilihan raya; 3. dividing line, pemisah: the rivers form a ~ between the two states, sungai itu menjadi pemisah antara kedua-dua negeri; 4. disagreement, split, perbezaan (+ approp n): ~ of opinion, perbezaan pendapat; the people were torn apart by a wide ~ over the Vietnam conflict, rakyat berpecah-belah krn perbezaan pendapat yg besar ttg konflik Vietnam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knockthe bowler ~ed down nine pins, pemain bowling itu menjatuhkan sembilan pin; b. demolish st, merobohkan sst: to ~ down old buildings, merobohkan bangunan-bangunan lama; c. disassemble st, memisahkan bahagian-bahagiKamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas