Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.sa] | بهاس

Definisi : 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Bermaksud :

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
kindredadj 1. related, serumpun: English, Dutch and other ~ languages, bahasa Inggeris, bahasa Belanda, dan bahasa-bahasa lain yg serumpun; 2. similar, serupa, sama: rain, snow and ~ phenomena, hujan, salji dan feKamus Inggeris-Melayu Dewan
Latinadj 1. (of language) bahasa Latin; (of verse, inscription, etc) Latin: ~-based languages, bahasa-bahasa yg berasaskan bahasa Latin; the teacher set the class a ~ prose, guru itu menyuruh murid-muridnya membuat prosa Latin; 2. (of race, peoples, etc) bangsa Latin; (rel to their characteristics) spt + approp n orang Latin: the ~ nations are found in Southern Europe, bangsa-bangsa Latin terdapat di Eropah Selatan; a person with a ~ temperament, orang yg tabiatnya spt tabiat orang Latin; ~ looks, wajah yg spt wajah orang Latin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eageradj 1. enthusiastic, /amat, sangat, sungguh/ berminat: an ~ student of foreign languages, pelajar yg sangat berminat mempelajari bahasa-bahasa asing; 2. impatiently desirous, ingin /sekali, benar/, sangat ingin, berhasrat benar: the team is ~ to win, pasukan itu ingin sekali hendak menang; ~ for success, ingin sekali mencapai kejayaan; 3. (of eyes, glance) penuh /minat, hasrat/: she pretended not to notice the man’s ~ glance, dia berpura-pura tdk melihat kerlingan penuh hasrat lelaki itu; his ~ eyes devoured the food on the table, matanya yg penuh hasrat itu seolah-seolah menelan makanan yg terhidang di meja; 4. (of embrace) penuh rindu dendam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
languagen bahasa: the French ~, bahasa Perancis; the ~ of love, bahasa cinta; technical ~, bahasa teknikal; the poet’s beautiful ~, bahasa puisi yg indah; he has a great command of the ~, dia mempunyai kemahiran yg tinggi dlm bahasa itu; I will not allow bad ~ in my class, saya tdk akan membenarkan bahasa kasar digunakan dlm kelas saya; animals have their own ~, binatang mempunyai bahasanya sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courteousadj penuh /budi bahasa, adab, sopan-santun/; (of person) berbudi bahasa, beradab, bersopan-santun: a ~ welcome, sambutan yg penuh budi bahasa; they were ~ to me, mereka berbudi bahasa thdp saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
courtesyn /budi bahasa, sopan- santun/: road ~, budi bahasa di jalan raya; he showed us great ~, dia menunjukkan budi bahasa yg tinggi pd kami; ~ call, kunjungan hormat; by ~ of, dgn ihsan: by ~ of the management, dgn ihsan pihak pengurusan; exchange of courtesies, saling berbudi bahasa; it is only common ~, sbg tanda budi bahasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
besidesprep 1. in addition to, di samping, selain: ~ her mother, she has a brother to support, di samping ibunya, dia juga menanggung seorang adik; to think of others ~ oneself, memikirkan orang lain di samping diri sendiri; she learned other languages ~ French, dia mempelajari bahasa-bahasa lain di samping bahasa Perancis; 2. except, selain: there’s no one here ~ the two of us, tdk ada sesiapa di sini selain kita berdua; there’s nothing you can do ~ making the best of the situation, tdk ada apa-apa yg dapat kamu lakukan selain menghadapi keadaan itu dgn sebaik-baiknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cognateadj 1. descended from common ancestor, seketurunan, kognat: ~ families, keluarga-keluarga seketurunan; 2. (of languages) serumpun: Spanish and Italian are ~ languages, bahasa Sepanyol dan bahasa Itali ialah bahasa serumpun; 3. of similar nature or character, sejenis, sama sifatnya: painting and other ~ forms of art, lukisan dan bentuk-bentuk seni yg lain yg sama sifatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
derivevi 1. originate, berasal: English and German ~d from a common source, bahasa Inggeris dan bahasa Jerman berasal drpd sumber yg sama; 2. spring, come, berpunca: his income ~s from bonds and stocks, pendapatannya berpunca drpd bon dan stok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acquaintancen 1. personal knowledge usu less than intimate, a. (with person or between persons) perkenalan: the meeting that led to our ~, pertemuan yg membawa kpd perkenalan (antara) kami; b. (with st) pengetahuan: his ~ with classical languages, pengetahuannya ttg bahasa-bahasa klasik; 2. friend, kenalan: a casual ~, kenalan begitu sahaja; a wide circle of ~s, kenalan yg banyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas