Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.las] | بالس

Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : Pl curi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
countervailingadj menimbang balas; (tech) timbal balas: ~ power, kuasa timbal balas; ~ tariff, tarif timbal balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-claimvt menuntut balas: they ~ed $2,000, mereka menuntut balas $2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-examinevt (leg.) memeriksa balas: to ~ a witness, memeriksa balas saksi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countersignvt menandatangani balas: the cheque must be ~ed by another director, cek ini mesti ditandatangani balas oleh seorang pengarah lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-attackvi & vt menyerang balas: the troops were prepared to ~, pasukan itu bersedia utk menyerang balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debriefvt menyoal [sso] utk mendapatkan maklum balas: on his return he was ~ed, apabila dia pulang, dia disoal utk mendapatkan maklum balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterbalancen (lit. & fig.) pengimbang balas: his partner’s calm nature acts as a ~ to his fiery temper, sifat rakannya yg tenang menjadi pengimbang balas kpd sifat barannya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterbalancevt (lit. & fig.) mengimbang balas: he ~d the weight of the box by putting some bricks on the other end of the plank, dia mengimbang balas berat kotak itu dgn meletakkan beberapa bata di hujung sebelah sana papan tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exchangevt 1. give (st) and receive (st) in return, (letters, presents, etc) berbalas-balas, bertukar-tukar; (addresses , business cards, photographs, etc) bertukar-tukar; (views, ideas, etc) bertukar-tukar: the heads of state ~d gifts, ketua-ketua negara itu bertukar-tukar hadiah; ~ blows, bertumbuk(-tumbukan), berbalas-balas tumbukan; ~ glances, saling pandang-memandang, berbalas pandangan; ~ greetings, bertegur-sapa, saling sapa-menyapa, berbalas-balas sapaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hit~ back (at), a. return a blow, membalas: he ~ back with all his might, dia membalas dgn sepenuh kekuatannya; b. counter-attack, menyerang balas: enemy planes ~ back at our stronghold, kapal terbang lawan menyerang balas benteng pertahanan kami; c. answer back, menjawab balik: he ~ back at his critics, dia menjawab balik pengkritiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas