Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngau] | باڠاو

Definisi : sj burung yg berkaki dan berleher panjang dlm genus Egretta dan genus yg berkaitan; ~ batu, Egretta sacra; ~ besar, Egretta alba; ~ cina, Egretta eulophotes; ~ kecil, Egretta garzetta; ~ kendi, Egretta intermedia; ~ kerbau, Bulbulcus ibis; ~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging prb iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang; berapa tinggi terbang ~, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga = setinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga prb walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngau] | باڠاو

Definisi : nama sj burung yg berkaki dan berleher panjang, Ardeola ibis coromanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangau

Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti bangau kasihkan kerbau.

Bermaksud :

Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
egretn (burung) bangau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas