Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang I

Puisi
 

Batang buruk batang tenggelam,
     Kelemunting tumbuh di pintu;
Ke sana kami sekarang malam,
     Pasik dinding buka di pintu.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Berkelahi di hujung batang,
     berbaik di pangkal batang.

Bermaksud :

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
moss-grown<i>adji> berlumut: <i>the ~ trunks of old treesi>, batang-batang pokok tua yg berlumut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plough~ st in, membajak sekali sst (bersama tanah): <i>the stalks will be ~ed in before planting,i> batang-batang itu akan dibajak sekali sebelum menanam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shank<i>ni> 1. <i>straight, long part of an objecti>, batang; <i>(of button)i> tangkai: <i>the ~ of a keyi>, batang kunci; <i>the ~ of a screwdriveri>, batang pemutar skru; 2. <i>joint cut from an animal’s legi>, daging paha; 3. <i>(old use) part of leg between knee and anklei>, betis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
massWindermere boleh mempengaruhi iklim; d. (<i>of colouri>) kelompok: <i>the roses made a ~ of colour against the dark tree trunksi>, bunga mawar itu membentuk satu kelompok warna berlatarbelakangkan batang-batang pokok yg hitam; 3. <i>largKamus Inggeris-Melayu Dewan
pole 1budak lelaki itu memanjat tiang telefon utk mengambil layang-layangnya; <i>a flagpolei>, tiang bendera; <i>a hut made of ~s covered with palm leavesi>, sebuah pondok yg dibuat drpd batang-batang kayu dan beratapkan daun nipah; 2. (<i>measurementi>) pol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stalk 1 <i> n i> 1. <i> main stem of plant,i> batang: <i> a corn ~,i> batang jagung; 2. <i> subsidiary plant stem,i> tangkai: <i>the children picked the cherries and removed the ~s,i> kanak-kanak itu memetik buah ceri dan mencabut tangkainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bar<i>ni> 1. <i>rod (of iron, wood)i> batang (besi, kayu): <i>iron ~,i> batang besi; 2. <i>(of cage, window, gate, etc)i> jerjak, jeriji, jeruji, kisi-kisi; 3. <i>wood, iron placed horizontally,i> palang: <i>the high jump ~ was raised,i> palang lompat tinggi itu dinaikkan; <i>the ~ of a door,i> palang pintu; <i>horizontal ~s,i> palang mengufuk; <i>parallel ~s,i> palang selari; 4. <i>ingot,i> jongkong: <i>gold ~s,i> jongkong emas; 5. <i>(of chocolate)i> keping;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrag<i>vti> 1. <i>wring neck of,i> memulas (batang) leher: ~<i> a turkey,i> memulas batang leher ayam belanda; 2. <i>(colloq) handle roughly,i> mengasari: <i>he was ~ged and beaten,i> dia telah dikasari dan dipukul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rod<i>ni> 1. <i>thin, straight piece of wood, metal, etc,i> batang, rod: <i>an iron ~,i> batang besi; 2. <i>stick used for punishment,i> rotan; 3. <i>seei> FISHING ROD; 4. (<i>as measurei>) pol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stick 1 4. <i> st that is slender, rod-shaped,i> batang: <i> a few ~s of celery,i> beberapa batang daun saderi; <i> a ~ of dynamite,i> sebatang dinamit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas