Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fashion/after, in/ a ~, begitu-begitu sahaja: he can play the piano after a ~, dia boleh bermain piano begitu-begitu sahaja; she’s kind, after a ~, dia baik hati , begitu-begitu sahaja; after the ~ of, mengikut gaya + approp n: novels after the ~ of Jane Austen, novel mengikut gaya tulisan Jane Austen; be all the ~, sangat popular; /be in, come into/ ~, menjadi fesyen; /be, go/ out of ~, tdk menjadi fesyen lagi; /man, woman/ of ~, /lelaki, wanita/ yg mengikut fesyen;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
as(just) ~... so..., sebagaimana... begitu(lah) juga...: just ~ you like a cigarette in the morning, so I enjoy my cup of tea, sebagaimana kamu suka menghisap rokok pd waktu pagi, begitu juga saya suka minum teh; so...~..., a. sometimes such...~..., (indic consequence) (se)begitu [adj] (se) hingga: the film was so moving ~ to have half the audience in tears, filem itu begitu mengharukan hingga separuh drpd penonton menitiskan air mata; you would surely not be so foolish ~ to attempt an escape, kamu tentu tdk begitu bodoh hingga mahu mencuba melarikan diri; b. (indic purpose) supaya: I put the chair near the window so ~ to be able to see the whole garden, kerusi itu saya letakkan dekat jendela supaya saya dapat melihat seluruh taman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ecstaticadj 1. in state of ecstasy, /amat, sangat, sungguh, begitu/ gembira: he was ~ over his win, dia begitu gembira dgn kemenangannya; 2. causing ecstasy, /amat, sangat, sungguh, begitu/ menggembirakan: ~ news, berita yg amat menggembirakan; 3. showing ecstasy, gembira: ~ applause, tepuk sorak gembira.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high-handedadj begitu angkuh: ~ acts of oppression, perbuatan menindas yg begitu angkuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grudgingadj unwilling, dgn begitu berat (hati): a ~ admission, pengakuan yg dibuat dgn begitu berat hati; be ~ of /praise, thanks, etc/, /sukar, susah benar/ /memberi pujian, berterima kasih, dll/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glaringlyadv /amat, begitu/ nyata: it is ~ obvious that they hate one another, memang begitu nyata mereka membenci antara satu sama lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effronteryhave the ~ to, begitu /kurang ajar, lancang, berani/ [v]: he had the ~ to demand more money!, begitu berani dia meminta wang lagi!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disparateadj (fml) /sangat, begitu/ berbeza, berbeza sama sekali: two such ~ views, dua pendapat yg begitu berbeza.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alone/leave, let/ well (enough) ~, membiarkan begitu (sahaja): the children were making an awful lot of noise in the bedroom, but they were so happy, that I decided to leave well ~, anak-anak itu sedang bising di bilik tidur, tetapi mereka begitu gembira sehingga saya memutuskan lebih baik membiarkan begitu; let ~, apalagi: she can’t even stand yet, let ~ walk, berdiri pun dia belum dapat, apalagi berjalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inseparablyadv (rel to relationship) begitu [adj] hingga tdk boleh /berpisah, bercerai/: the twins are ~ close, kembar itu begitu rapat hingga tdk boleh berpisah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas