Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la] | بلا

Definisi : (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : /béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la] | بلا

Definisi : ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bela

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Kancung,
     Ambilkan saya papan biola;
Makan minum boleh ditanggung,
     Sakit pening siapa nak bela.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
avengevt membela, menuntut bela thdp; (insult etc) membalas: he vowed to ~ his father’s death, dia bersumpah akan membela kematian bapanya; she was determined to ~ her lover, dia bertekad utk menuntut bela thdp kematian kekasihnya; I will ~ the insult to my family, saya akan membalas penghinaan yg dilakukan thdp keluarga saya; ~ os on so., membalas dendam thdp sso: he ~d himself on his critics in the next issue of the magazine, dia membalas dendam thdp pengkritik-pengkritiknya dlm majalah keluaran yg berikutnya; ~ st on so., menuntut bela thdp sso: he ~d his brother’s murder on the conspirators, dia menuntut bela thdp pembelot-pembelot itu krn membunuh abangnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apologian hujah bela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defence mechanismn mekanisme bela diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
avengern pembela, penuntut bela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foster-childn anak /angkat, bela, peliharaan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
domesticatedadj 1. (of animal) bela jinak; 2. (of person) menyukai kehidupan di rumah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foster-homen 1. (home of fostering family) rumah keluarga angkat; 2. (hostel for foster-children) asrama anak /angkat, bela/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
domesticadj 1. of the home, rumah; (of electricity, water supply, etc) ke rumah: ~ chores, kerja-kerja rumah; ~ gadgets, alat-alat rumah; chemicals for ~ use, bahan kimia utk kegunaan rumah; different rates are fixed for ~ water supply, kadar bayaran yg berlainan dikenakan utk bekalan air ke rumah; 2. connected with family, rumah tangga: ~ problems, masalah rumah tangga; ~ responsibilities, tanggungjawab rumah tangga; 3. fond of home life, suka kehidupan di rumah; 4. of the home country, dlm negeri: for ~ consumption, utk kegunaan dlm negeri; ~ airline, syarikat penerbangan dlm negeri; the government’s ~ policies, dasar dlm negeri kerajaan; 5. (of animal) bela jinak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas