Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
boomerang~ on, berbalik kpd: his evil intention has ~ed on him, niat jahatnya berbalik kpd dirinya sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circlea ~ of /people, animals, things/ around /so., st/, /orang-orang, binatang, benda/ di sekeliling /sso, sst/; argue in ~s, berhujah berbalik-balik; come full ~, pulang ke asal; go round in ~s, a. move about confusedly, berpusing-pusing: the tourist went round in ~s trying to find their hotel, pelancong itu berpusing-pusing mencuba mencari hotelnya; b. use long complicated method, bercakap berbelit-belit: he always goes round in ~s when he tries to explain something, dia selalu bercakap berbelit-belit apabila dia mencuba menghuraikan sesuatu; c. go over the same ideas, berbalik-balik: they kept going round in ~s trying to decide what to do next, mereka berbalik-balik semasa mencuba menentukan apa yg harus dibuat selepas itu; /sit, stand, etc/ in ~ around /so., st/, /duduk, berdiri, dll/ /mengelilingi, di keliling/ /sso, sst/; vicious ~, a chain of cause and effect, lingkaran /ganas, syaitan/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boomerangvi berbalik kpd diri sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jokethe ~ is on so., persendaan itu berbalik pd sso; the ~ is that..., yg /menggelikan hati, lucunya/,...; do st for a ~, bergurau, melawak, berseloroh: I did it for a ~, saya hanya bergurau; have a ~ with so., /bergurau, melawak, berseloroh/ dgn sso: he was having a ~ with his friend when I arrived, dia sedang berseloroh dgn kawannya apabila saya tiba; make a ~ about /so., st/, mempersendakan: he made a ~ about his baldness, dia mempersendakan kepala lelaki yg botak itu; be no ~, (not easy) bukan /mudah, senang/; (a serious matter) bukan perkara kecil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boomerangn 1. bumerang; 2. (fig.), (sst yg) berbalik kpd diri sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gracefall from ~, a. fall out of favour, tdk disukai lagi: he fell from ~ and soon resigned his post as Permanent Secretary, dia tdk disukai lagi dan tdk lama kemudian meletakkan jawatannya sbg Setiausaha Tetap; b. fall back into bad old ways of behaving, berbalik kpd perangai lama; have the ~, ada budi bahasa: at least he had the ~ to apologize for being late, sekurang-kurangnya dia ada budi bahasa dan meminta maaf krn terlewat; be in so’s good ~s, disukai (oleh) sso: he was certainly not in his teacher’s good ~s, dia memang tdk disukai gurunya; with (a) /good, bad/ ~, dgn /rela hati, berat hati/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lapse~ into, a. sink, pass into, [various translations]: after quite a lively discussion we ~d into our own thoughts, selepas perbincangan yg begitu hidup kami diam utk berfikir; she’d been tossing and turning for most of the night but at last ~d into sleep, dia menggelisah sepanjang malam tetapi akhirnya tertidur; he has ~d back into his old ways, dia telah berbalik semula kpd tabiat lamanya; b. (of language etc) slip into certain style, bertukar kpd: every now and then he would ~ into the local dialect, sekali sekala dia bertukar kpd loghat daerahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas