Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.jung] | برهوجوڠ

Definisi : 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perun­dingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.jung] | برهوجوڠ

Definisi : ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,

Peribahasa

Mana tali berpunca tak berhujung?

Bermaksud :

Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
endlessadj 1. having no end, tdk berhujung; ( of complaints, questions, troubles, etc ) tdk habis-habis; ( of a list of things ) berjela-jela: the queue seemed ~, barisan itu seolah-olah tdk berhujung; an ~ journey through the desert, perjalanan yg tdk berhujung melalui padang pasir; the story of his troubles seemed ~, cerita kesusahannya seolah-olah tdk habis-habis; she has an ~ list of complaints, rungutannya berjela-jela; 2. of a belt, chain, cable, etc, lingkar: an ~ belt, sabuk lingkar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas