Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
game 1 /beat, play, etc. so/ at his own ~, (colloq) mengalahkan sso dlm /bidang, pekerjaan/ sso; be /on, off/ o’s ~, /bermain, tdk bermain/ dgn baik; give the /~, show/ away, (colloq) pecah tembelang, membuka rahsia; be good at ~s, pandai bersukan; /have, play/ a ~, bermain: to play a good ~ of tennis, bermain tenis dgn baik; have the ~ in o’s hands, pasti akan /menang, memenangi perlawanan itu/; make ~ of so., see FUN (make fun of so.); play a dangerous ~, bermain api; play a double ~, bermuka-muka, bermuka dua, talam dua muka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fool~ /about, around/ with, a. (so.) bermain-main dgn: he’s always ~ing about with other man’s wives, dia selalu bermain-main dgn isteri orang; b. (st) bermain-main: you should never ~ about with a knife, jangan sekali-kali main-main pisau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foolvi 1. tease, bermain-main, bergurau: I was only ~ing when I told you that the minister was going to visit us, saya hanya bermain-main semasa memberitahu kamu bahawa menteri akan melawat tempat kita; 2. often ~ around, ~ about, bermain-main: stop ~ing around and get down to work, jangan bermain-main lagi dan buatlah kerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowl2vi 1. play bowls, bermain bola golek: he spent the afternoon ~ing, dia menghabiskan waktu petang dgn bermain bola golek; 2. play (tenpin) bowling, bermain boling; 3. pitch a ball, a. (in bowls, bowling) menggolekkan bola; b. (in cricket) membaling bola;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frolicn bermain-main: the boys were having a ~ in the pool, budak-budak itu sedang bermain-main di kolam renang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frolicvi bermain-main: she watched the children ~king on the beach, dia memperhatikan kanak-kanak itu sedang bermain-main di pantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drumvi 1. play the drum, bermain dram: ~ming for hours without a break, bermain dram berjam-jam tanpa berhenti rehat; 2. tap fingers rythmically, bergendang: he ~med on the arm of the chair, dia bergendang di atas tempat letak tangan kerusi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dalliancen 1. (old fashioned) flirtation, bermain asmara; 2. trifling (with idea, plan, etc) bermain-main.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dabblevi; ~ in st, a. play in water, bermain-main dlm: ducklings dabbling in the water, anak-anak itik yg sedang bermain-main dlm air; b. engage superficially in st, mencuba-cuba [+ approp v], mencuba-cuba /menceburkan, melibatkan/ diri dlm: to ~ in politics, mencuba-cuba berpolitik or mencuba-cuba menceburkan diri dlm politik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hauntn 1. place frequently visited, tempat yg selalu /dikunjungi, didatangi/, tempat tumpuan; (by children) tempat bermain: this hotel is a sailors’ ~, hotel ini ialah tempat yg selalu dikunjungi oleh kelasi; the children’s favourite ~, tempat bermain yg paling digemari oleh kanak-kanak itu; 2. habitat, feeding-place of animal, tempat tumpuan: the tiger’s ~, tempat tumpuan harimau itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas