Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inquire~ after, bertanya ttg, menanyakan /khabar, hal/; (so’s health etc) bertanya ttg: an old friend was inquiring after you yesterday, kawan lama kamu bertanya ttg kamu semalam; he called to ~ after my mother’s health, dia menelefon utk bertanya ttg keadaan kesihatan ibu saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquirevi bertanya: he rang up to ~ about the books he had ordered, dia menelefon utk bertanya ttg buku-buku yg dipesannya; have you ~ed about the trains to the city?, sudahkah kamu bertanya ttg kereta api ke bandar?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askvi 1. inquire, bertanya: if you want to know about it, all you’ve got to do is ~, jika kamu hendak tahu ttg perkara itu, kamu hanya perlu bertanya; did she ~ about me?, adakah dia bertanya ttg saya?; 2. make a request, meminta: you’ll get nothing without ~ing, kamu tdk akan mendapat apa-apa jika tdk meminta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquire~ of, bertanya pd: she ~d of the cook whether dinner was ready, dia bertanya pd tukang masak sama ada makan malam sudah siap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquiry3. act of, a. (asking) pertanyaan, bertanya: all our letters of ~ went unanswered, semua surat pertanyaan kami tdk dijawab; you can only find out by ~, kamu hanya akan dapat tahu jika kamu bertanya; on ~, we discovered that they had left town, apabila bertanya, kami mendapati bahawa mereka telah meninggalkan bandar itu; b. (investigating) penyiasatan: a commission of ~, suruhanjaya penyiasatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquirevt ask, menanyakan; (preceeding clause) bertanya: she did not even ~ the price, dia tdk menanyakan harga barang itu pun; to ~ the way to the National Park, menanyakan jalan ke Taman Negara; nobody thought to ~ how he got there, tdk siapa pun yg bertanya bagaimana dia sampai ke situ; he ~ed what I proposed to do next, dia bertanya apa yg saya bercadang hendak buat selepas itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ask~ after, a. (so.) /bertanyakan, menanyakan/ khabar, bertanya ttg kesihatan: if you meet him, remember to ~ after his mother, jika kamu menemuinya, jangan lupa bertanyakan khabar ibunya; b. (so’s health ) bertanya ttg;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquirymake inquiries, a. more commonly make enquiries, ask questions, bertanya-tanya: he made some inquiries regarding the possibility of setting up a factory there, dia bertanya-tanya ttg kemungkinan mendirikan kilang di situ; b. investigate, menyiasat: the police are making inquiries into his activities, polis sedang menyiasat kegiatannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquire~ within, (written etc on a sign) sila bertanya di dalam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquiringadj 1. seeking information, ingin tahu, suka bertanya: like most other children the boy has an ~ mind, spt kebanyakan kanak-kanak lain, budak itu mempunyai sifat ingin tahu; 2. expressing enquiry, dgn tanda tanya: she gave him an ~ look, dia memandang lelaki itu (dgn) tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas