Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.sar] | بسر

Definisi : 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik: Anak-anaknya semua sudah ~. 3 ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4 paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. berbesar; ~ hati berasa besar hati. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan: Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1 orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2 alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
largishadj agak besar, besar juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biggishadj agak besar, besar juga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
big7. grown up, besar: you are a ~ boy now, kamu sudah besar sekarang; I am ~ enough to know, saya sudah cukup besar utk mengetahuinya; 8. boastful, besar: she is full of ~ talk, dia banyak bercakap besar; a ~ talker, seorang yg bercakap besar; 9. (usu implying st undesirable) besar: a ~ liar, pembohong besar; a ~ cheat, penipu besar; 10. avid, great, kuat: a ~ eater, orang yg kuat makan; a ~ spender, orang yg kuat berbelanja; 11. (colloq) generous, kindly, baik hati: he is ~ enough to forgive others, dia cukup baik hati utk memaafi orang lain; 12. (colloq) ambitious, besar: ~ ideas, idea-idea besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billown 1. large sea wave, gelombang (besar), ombak besar: the huge ~ dashed against the rock, gelombang besar menghempas ke batu; 2. swelling mass, kepulan, gumpalan: ~s of smoke, kepulan-kepulan asap; 3. (poet.) sea, samudera: afloat on the ~s, terapung-apung di samudera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grand7. ambitious or lofty in conception, treatment, etc, besar: his ~ design was to gain a monopoly of the timber business, rancangan besarnya ialah utk memperoleh monopoli dlm perniagaan kayu; a lot of ~ ideas but no concrete results, banyak gagasan yg besar-besar tetapi tiada hasil yg konkrit; on a ~ scale, secara besar-besaran; 8. (colloq) great, wonderful, [various translations]: they had a ~ time, mereka sangat seronok; we had ~ weather for our holidays, cuaca baik sekali semasa kami bercuti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bigadj 1. of considerable size, number, amount, etc, besar; (of shoulder) besar; (of chest) bidang, besar: the child is ~ for his age, budak itu besar bagi umurnya; the ~ house opposite the school, rumah besar di hadapan sekolah itu; a ~ field for grazing, padang besar tempat meragut rumput; a ~ fleet of battle ships, angkatan besar kapal perang; a ~ drop in prices, kejatuhan besar harga; elected by a ~ majority, dipilih dgn kelebihan undi yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jumbon 1. a. very large person, (orang yg) /besar agam, besar spt gergasi/; b. very large thing, approp n + /amat, sangat, sungguh/ besar; 2. jumbo jet, jet jumbo.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billowyadj bergelombang (besar), berombak besar: a ~ sea, laut yg bergelombang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
big2. important in influence, standing, wealth, besar: a ~ businessman in the city, ahli perniagaan besar di kota itu; 3. of great significance, besar: the ~ issue of the day, isu besar pd masa itu; a ~ problem, masalah besar; 4. momentous, outstanding, penting: this is the ~ moment of your life, saat penting dlm hidupmu; 5. filled, brimming, a. (with tears) digenangi, dilinangi: eyes ~ with tears, mata yg digenangi air mata; b. (with sadness) dirundung: a heart ~ with sadness, hati yg dirundung kesedihan; 6.(of voice) besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
billowvi 1. rise, roll in billows, a. (of sea) bergelombang (besar), berombak besar: the sea ~ed restlessly, laut bergelombang tanpa henti-hentinya; b. (of smoke) berkepul-kepul, bergumpal-gumpal; 2. swell out, menggelembung, melembung: her skirt was ~ing in the wind, skirtnya menggelembung ditiup angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas