Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betapa

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Titik ditampung,
     meresap dipalit.

Bermaksud :

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
how5. (to emphasize the degree, quality) betapa (usu at the beginning of sentence) alangkah: I didn’t realize ~ cold it is, saya tdk sedar betapa sejuknya di sini; ~ beautiful it is, alangkah cantiknya; 6. (introducing an indirect statement) bahawa: she told us ~ she had heard the news over the radio, dia memberitahu kami bahawa dia telah mendengar berita itu di radio;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enormityn 1. magnitude, besarnya: we did not realize the ~ of the problem, kami tdk menyedari betapa besarnya masalah itu; 2. great wickedness, kejamnya:do you understand the ~ of your crime?, adakah kamu faham betapa kejamnya jenayah yg telah kamu lakukan?; 3. (fml) terrible crime, perbuatan dahsyat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hero-worshipvt memuja(-muja): how the girls ~ him, betapa gadis-gadis itu memujanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inconceivablyadv tdk /dapat dibayangkan, terbayang/: the work is ~ difficult, tdk dapat dibayangkan betapa susahnya kerja itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awedadj berasa kagum: the children were ~d at the size of the pyramid, kanak-kanak itu berasa kagum melihat betapa besarnya piramid tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indicativeadj 1. suggestive, menunjukkan: their high standard of living is ~ of their wealth, taraf hidup mereka yg tinggi menunjukkan betapa kayanya mereka; there are symptoms ~ of tuberculosis, terdapat gejala-gejala yg menunjukkan bahawa pesakit itu menghidap batuk kering; 2. (gram.) indikatif;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laugh~ /about, over/, ketawa mengenangkan: we often ~ about our childhood fears, kita sering ketawa mengenangkan perkara-perkara yg menakutkan kita sewaktu kecil; how we ~ed over the incident, betapa kami ketawa mengenangkan kejadian itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curtnessn bluntness and briefness, cara yg ringkas dan kasar: his ~ was understandable considering the amount of strain he was under, caranya yg ringkas dan kasar itu dapat difahami memandangkan betapa beratnya ketegangan yg dirasainya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appalledadj 1. horrified, (berasa) gerun; (by brutality, gruesome sight), (berasa) ngeri: she stood ~ when she saw how high up we were, dia berdiri gerun melihat betapa tinggi kami berada; they were ~ at the sight of the mutilated bodies, mereka berasa ngeri melihat tubuh-tubuh yg telah dicencang-cencang itu; 2. shocked, terkejut, terperanjat: I was quite ~ to hear that he had been sacked, saya agak terkejut mendengar (bahawa) dia telah dibuang kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hatevt 1. strongly dislike, membenci: she does not dislike him, she ~s him, dia bukan saja tdk suka pd lelaki itu malah membencinya; how I ~ hypocrisy, betapa saya benci perbuatan bermuka-muka; 2. (colloq) dislike, tak suka: the children ~ getting up early in the morning, budak-budak itu tak suka bangun pagi-pagi; I ~ to trouble you but I really need help this time, saya tak suka menyusahkan kamu tetapi kali ini saya betul-betul memerlukan pertolongan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas