Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul] | بتول

Definisi : 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul] | بتول

Definisi : 1 tidak bohong; benar; sungguh: Berita mana yg ~, dr radio atau dr surat khabar? 2 tidak salah lagi; tidak keliru: Tanggapan engkau itu memang ~. 3 tepat benar; kena pd sasaran: Tembakannya itu kena ~ pd bahagian tengah bulan-bulan. 4 bukan olok-olok; sungguh: Dia sudah gila ~. 5 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: Ini emas ~. 6 sangat; amat: Mahal ~ telur ayam itu. betul-betul tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. berbetulan tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. membetulkan 1 menjadikan betul; membaiki apa-apa yg rosak: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan-jalan yg rosak. 2 menganggap betul; mengiakan: Ia senantiasa ~ apa-apa yg dikatakan oleh sahabatnya. kebetulan 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. pembetulan perbuatan atau hal membetulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
damnedadj 1. doomed to hell, dilaknat Tuhan, terlaknat, terkutuk; 2. utter, betul, betul-betul: ~ fool, bodoh betul or betul-betul bodoh; ~ nonsense, betul-betul karut; 3. detestable, dahsyat: this ~ job, kerja yg dahsyat ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damnedadv (colloq) betul-betul, betul: she’s ~ difficult to get along with, sukar betul utk bergaul mesra dengannya; ~ funny, lucu betul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
downrightadv betul-betul, benar-benar: he is ~ scared, dia betul-betul takut; ~ dishonest, betul-betul tdk jujur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrantadj betul-betul, benar-benar: he is an ~ rogue, dia betul-betul bangsat; ~ nonsense, betul-betul karut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bang1adv (colloq) exactly, betul-betul: ~ in the middle of the road, betul-betul di tengah jalan; ~ on time, betul-betul pd waktunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frighten~ to; ~ so. to death, (act.) membuat sso betul-betul takut; (pass.) betul-betul takut: the explosion ~ed me to death, letupan itu membuat saya betul-betul takut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exactat this ~ /spot, place/, betul-betul di sini; 2. correct in every detail, benar-benar, betul-betul: it is the ~ replica of the original statue, patung itu ialah betul-betul replika patung yg asal; she is the ~ opposite of her twin, dia benar-benar berlainan drpd kembarnya; 3. meticulous, persis, jitu: this job requires a very ~ person, kerja ini memerlukan orang yg persis; 4. (of science) jitu: physics is an ~ science, fizik ialah sains jitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleardo I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: I’ve got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now let’s get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard – is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari – faham?; make it ~, approp v + dgn jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coreto the ~, a. through and through, betul-betul; (ref to nationality etc) totok: he is rotten to the ~, dia betul-betul busuk hati; a socialist to the ~, betul-betul sosialis; an Englishman to the ~, orang Inggeris totok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
egregiousadj (fml) flagrant, outstandingly bad, betul-betul; (of lie, mistake) besar: once again he displayed his ~ incompetence, sekali lagi dia menunjukkan bahawa dia betul-betul tdk cekap; Peter is an ~ ass, Peter betul-betul bodoh; Chamberlain’s most ~ mistake was to underrate Hitler’s ambition, kesilapan Chamberlain yg paling besar ialah memperkecil cita-cita Hitler; his claim to have the President’s ear is nothing but an ~ lie, dakwaannya bahawa Presiden mendengar cakapnya ialah bohong besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas