Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
commonplaceadj 1. ordinary, approp n + biasa; (attrib) biasa: travelling by air is ~, perjalanan dgn kapal terbang adalah perkara biasa; her ~ daily tasks, tugas hariannya yg biasa; he is just a ~ man, dia hanyalah orang biasa; 2. trite, dull, biasa: ~ remarks, kata-kata biasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
familiaradj 1. well-known (to) biasa + approp v: a ~ voice, suara yg biasa didengar; ~ scent, bauan yg biasa dihidu; ~ scenes of childhood, pemandangan yg biasa dilihat pd zaman kanak-kanak; 2. common, biasa: slums are a ~ sight in big cities, kawasan setinggan ialah pandangan yg biasa di bandar raya besar; 3. be conversant with, tahu (benar): he’s ~ with the roads here, dia tahu benar ttg jalan-jalan di sini; you are still not ~ with the rules, kamu masih belum tahu ttg peraturan-peraturan itu; 4. intimate, rapat; be on ~ terms, mempunyai hubungan rapat; 5. unduly personal, melewati batas: the man’s ~ attitude angered her, sikap lelaki yg melewati batas itu menimbulkan kemarahannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraordinaryadj 1. not ordinary, exceptional, /i> luar biasa: a woman of ~ beauty, wanita yg luar biasa cantiknya; his talent for music is ~, bakat muziknya luar biasa; 2. strange, remarkable, luar biasa: she wears ~ clothes, pakaiannya luar biasa; his behaviour was most ~, kelakuannya luar biasa sekali; 3. out of the usual course, luar biasa: an ~ meeting was held following the arrest of two of the company’s directors, satu mesyuarat tergempar diadakan berikutan penangkapan dua drpd pengarah syarikat itu; 4. (fml) employed for particular events, purposes, dgn tugas khas: ambassador ~, duta dgn tugas khas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraordinarilyadv 1. exceptionally, luar biasa: an ~ talented girl, kanak-kanak perempuan yg luar biasa bakatnya; 2. strangely, luar biasa: he has been acting ~, dia berkelakuan luar biasa; 3. more than usually, terlalu: she took an ~ long time to do her hair, dia mengambil masa yg terlalu lama utk mendandan rambutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
common4. widespread, umum: ~ talk, perbualan umum; ~ opinion, pendapat umum; 5. ordinary, usual, biasa: a ~ soldier, askar biasa; a ~ occurrence, kejadian biasa; ~ practice, amalan biasa; it’s quite ~ for working mothers to leave their children with baby minders when they go to work, sudah menjadi perkara biasa bagi ibu-ibu yg bekerja meninggalkan anak-anak mereka dlm jagaan pengasuh kanak-kanak apabila mereka pergi bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exceptionaladj luar biasa: the architect’s design is quite ~, reka bentuk jurubina itu luar biasa; an ~ musician, pemuzik yg luar biasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
averageadj 1. usual, typical, biasa: the ~ Malaysian, orang Malaysia biasa; the ~ skin, kulit yg biasa; 2. middling, ordinary, sederhana: a boy of ~ height, budak lelaki yg sederhana tingginya; her results are only ~, keputusannya sederhana sahaja; 3. equal to arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: ~ cost, kos purata; ~ speed, kelajuan purata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extraadv 1. more than usual, especially, lebih drpd biasa: this is ~ fine quality paper, mutu kertas ini lebih baik drpd biasa; he bought an ~ large saucepan, dia membeli periuk yg besarnya lebih drpd biasa; we arrived ~ late for work, kami tiba di pejabat lebih lewat drpd biasa; he is ~ generous today, dia lebih murah hati drpd biasa hari ini; 2. more than the normal amount, lebih: you must pay ~ for a private bathroom, kamu mesti membayar lebih utk mendapat bilik air persendirian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inundationvt habituate, accustom, (act.), /membuat, menyebabkan/ [sso] /biasa, lali/; (pass.) biasa, lali: their childhood experiences ~d them to such hardships, pengalaman semasa kanak-kanak membuat mereka lali thdp or biasa dgn kesusahan begitu; he became ~d to the sight of people suffering after several years working at the hospital, dia menjadi lali melihat orang sakit menderita selepas beberapa tahun bekerja di hospital itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
habit/from force of, through force of, out of/ ~, krn sudah /biasa, menjadi kebiasaan/: she boils all the drinking water out of ~, dia memasak semua air minum krn sudah biasa; get so. into the ~ of, menyebabkan sso /menjadi biasa, terbiasa/: she got me into the ~ of saving, dia menyebabkan saya terbiasa menyimpan duit; /be in, fall into, get into/ the ~ of, menjadi /tabiat, kebiasaan/: he is in the ~ of getting up at 7.00 a.m., sudah menjadi kebiasaannya bangun tidur pd pukul 7.00 pagi; make a ~ of st, make st a ~, menjadikan [n] suatu kebiasaan: it’s all right if you go home early today, but don’t make a ~ of it, tdk mengapa jika kamu balik awal hari ini, tetapi jangan jadikan ini suatu kebiasaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas