Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : ; ~ berahi sj tumbuhan (rumpai), peria bulan, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ kuning, a) = ~ merah sj tumbuhan (pokok), akar bunga, cempaka hutan, Mussaenda mutabilis; b) sj tumbuhan (pokok), Hippocrates macrantha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : Sr bekas yg berbentuk spt besen dan bertudung (tempat menaruh bawaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang

Puisi
 

Dua belas bintang di langit,
     Bintang diraja dari Melaka;
Kata tuan pinang bergigit,
     Kapur bercampur air mata.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Sepuluh bintang,
     bertabur,
bolehkah sama dengan bulan yang satu.

Bermaksud :

Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
all-staradj bintang-bintang terkemuka, all-star : ~ soccer, bola sepak bintang-bintang terkemuka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glimmeringadj /berkerdip, berkerlip, mengerdip, mengerlip/ samar-samar: ~ stars, bintang-bintang yg berkerdip samar-samar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coruscatevi (lit.) bergemerlapan: the stars that ~ in the sky, bintang-bintang yg bergemerlapan di langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glittervi 1. sparkle, bergemerlapan; (of metal) berkilau-kilau(an): the stars ~ed in the sky, bintang-bintang bergemerlapan di langit; a crown ~ing with jewels, mahkota yg bergemerlapan dgn permata; the polished silverware ~ed in the candlelight, barang-barang perak yg telah digilap itu berkilau-kilau dlm cahaya lilin; 2. (of eyes) bersinar-sinar: his eyes ~ed with hate, matanya bersinar-sinar dgn perasaan benci; 3. shine, menyerlah, terserlah: Miss Peru ~ed at the function, Ratu Peru menyerlah di majlis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goe. be guided by, berpandukan: seamen in those days had only the stars to ~ by, pd masa lalu pelaut hanya berpandukan bintang-bintang; f. judge, act according to, [various translations]: ~ing by her ways she must be a very rich woman, melihat cara-caranya, dia tentulah seorang wanita yg sangat kaya; the information given is not enough to ~ by, maklumat yg diberikan tdk cukup utk dijadikan asas bertindak; ~ by the name of, dikenali dgn nama: the poet, Usman Awang, ~es by the name of Tongkat Warrant, pensyair Usman Awang dikenali dgn nama Tongkat Warrant;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
investituren ceremony, a. (at which so. is invested with an office or rank) istiadat permasyhuran: the ~ of the Prince of Wales, istiadat permasyhuran Putera Wales; b. (at which honours are conferred) istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
astraladj rel to, consisting of stars, bintang: ~ influences, pengaruh bintang; ~ body, a. (astron) bintang; b. ethereal counterpart of body, roh; ~ spirits, (formerly) orang kayangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distantadj 1. far apart, jauh: communication was difficult between the two ~ places, perhubungan adalah sukar antara dua tempat yg jauh itu; 2. far off, jauh: travel to ~ parts, mengembara ke tempat-tempat yg jauh; the ~ stars, bintang-bintang yg jauh; the ~ sound of drums, bunyi gendang yg jauh; 3. away, jauh(nya): they set up a tent a few kilometers ~ from the shore, mereka mendirikan sebuah khemah beberapa kilometer jauhnya dr pantai; 4. far away in time, jauh: at some ~ point in time, pd satu ketika yg jauh pd masa depan; 5. faint, remote, a. (of resemblance) sedikit; b. (of prospect) tipis; c. (of allusion) sipi; d. (of connection) jauh; 6. not closely related, jauh: a ~ relative, saudara jauh; 7. abstracted, vacant, jauh: a ~ look, pandangan yg jauh; 8. reserved, aloof, dingin, tdk mesra: a ~ manner, gaya yg dingin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
castn 1. act of throwing, a. (gen) lemparan, campakan, lontaran: at a single ~, dgn sekali lemparan; b. (net) tebaran; 2. set of actors, barisan pelakon: an all-star ~, barisan pelakon yg terdiri drpd bintang-bintang terkemuka; 3. plaster impression, patung acuan: ~s of famous persons, patung acuan orang-orang yg terkenal; 4. mould, acuan; 5. (surg) acuan, kas; 6. disposition, kecenderungan, arah aliran: a philosophical ~ of mind, akal fikiran yg menunjukkan kecenderungan thdp falsafah; 7. form, shape, raut: the ~ of her features, raut mukanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
five-starn lima bintang: a ~ hotel, hotel lima bintang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas