Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.doh] | بودوه

Definisi : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.doh] | بودوه

Definisi : tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
follyn 1. foolishness, kebodohan, bodoh: an act of sheer ~, perbuatan yg bodoh sekali; 2. foolish act, mistake, idea, etc, approp n + bodoh: he committed the ~ of shaking the lady’s hand before being introduced, dia membuat kesilapan bodoh menjabat tangan wanita itu sebelum diperkenalkan; we all have to pay for our follies, kita semua mesti menebus tindakan-tindakan bodoh kita; 3. imitation or artificial building, folly: many English landowners built follies in their gardens in the 19th century, ramai tuan tanah Inggeris yg membina folly dlm taman mereka pd abad ke-19.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foolishadj 1. (silly) bodoh; (unwise) kurang bijak: a ~ act, perbuatan yg bodoh; how ~ I was to have believed him, alangkah bodohnya saya mempercayainya; a ~ decision, keputusan yg kurang bijak; 2. ridiculous, absurd, bodoh; (of grin) spt orang bodoh: he made me feel ~, dia membuat saya berasa bodoh; he sat there with a ~ grin on his face, dia duduk di situ tersengeh spt orang bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ass1n 1. (animal) keldai; 2. stupid, foolish person, bodoh, baghal, tolol, dungu, bangang, bahlul: he is a complete ~, dia itu bodoh betul; be an ~, jadi bodoh: don’t be an ~!, jangan jadi bodoh!; behave like an ~, berkelakuan (spt orang) bodoh; make an ~ of os, berkelakuan (spt orang) bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
askadj 1. (colloq ) stupid, bodoh; (of person) bodoh, tolol, dungu, bangang, bahlul: an ~ suggestion, cadangan yg bodoh; he is an ~ fellow, dia itu tolol; 2. pertaining to asses, keldai: ~ characteristics, ciri-ciri keldai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
daftadj (colloq) foolish,bodoh: how can you be so ~!, macam mana kamu boleh jadi begitu bodoh!; throwing the ticket away was a ~ thing to do, membuang tiket itu ialah satu perbuatan bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inaneadj senseless, silly, bodoh: an ~ remark, kata-kata bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fatuousadj foolish, silly, bodoh: ~ remarks, kata-kata yg bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
idioticadj tolol, bodoh: wipe that ~ expression off your face, jangan buat muka bodoh begitu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fooladj (US), (colloq) bodoh: what a ~ thing to do, bodoh buat begitu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fool/act, play/ the ~, mengada-ada; any ~, si bodoh mana pun: any ~ would have realized that he was lying, si bodoh mana pun akan sedar bahawa dia berbohong; be /no, nobody’s/ ~, (colloq) tak makan kelentong; /be sent, go/ on a ~’s errand, /disuruh membuat, membuat/ kerja sia-sia; make a ~ of os, membodohkan diri sso; make a ~ of so., membodoh-bodohkan sso; (the) more ~ you, bodohnya kamu; not suffer ~s gladly, (colloq) tdk sabar dgn orang yg bodoh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas