Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.buh] | بوبوه

Definisi : ; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.buh] | بوبوه

Definisi : ; membubuh menaruh atau meletakkan sesuatu: Tanah itu dpt disuburkan kembali dgn ~ baja. membubuhi menaruh pd; meletakkan pd; mengisikan sesuatu ke dlm: Ia ~ botol itu air teh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubuh

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
burn~ up, a. flare up, memarak, menjadi marak: put on some more wood so that the fire will ~ up, bubuh kayu lagi supaya api itu memarak; b. (of a rocket) be destroyed by great heat, terbakar: the spacecraft ~ed up when it reentered the earth’s atmosphere, kapal angkasa itu terbakar apabila masuk semula ke atmosfera bumi; ~ st up, see vt (sense 1.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coin-boxn 1. (telephone) telefon awam; 2. (box into which coins are placed) tempat /isi, bubuh, masukkan/ duit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
icevt 1. cover (with ice) meliputi, melitupi: sleet ~d the pavement, hujan beku meliputi jalan; 2. mix with ice, membubuh /air batu, ais/ /dlm, pd/: don’t ~ my drink, jangan bubuh air batu dlm minuman saya; 3. chill, menyejukkan: to ~ a bottle of wine, menyejukkan sebotol wain; 4. encrust with icing, mengaising, membubuh aising pd: to ~ a cake, membubuh aising pd kek;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dress4. wash, bandage, apply ointment etc to (wound) mencuci dan membalut: the cut was ~ed everyday, luka itu dicuci dan dibalut setiap hari; 5. provide with decoration, display goods, etc, meragahiaskan; (Christmas tree) menghias: they always ~ their shop window attractively, mereka selalu meragahiaskan jendela kedai mereka dgn menarik; 6. a. prepare (chicken, fish, etc) for cooking or selling, menyiang; b. prepare (salad) for eating, membubuh (kuah) pd: don’t ~ the salad yet, jangan bubuh kuah pd salad lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas