Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.but] | چابوت

Definisi : 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pemba­talan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : komisen, dalal, upah; ~ sepuluh satu dlm tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dll), satu (sen, ringgit dll) diambil sbg komisen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; main ~ sj permainan terup, main dua puluh satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; mencabut 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. ~ loteri memilih loteri yg menang. ~ nyawa mematikan seseorang; membunuh. ~ undi memilih dgn cara mengundi. ~ untung memperoleh keuntungan. mencabutkan mencabut utk orang lain: Ahmad telah ~ kami beberapa perdu ubi kayu utk dibawa pulang. tercabut 1 sudah dicabut; terhunus. 2 dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. cabutan 1 apa-apa yg (sudah) dicabut. 2 petikan. pencabut 1 orang yg mencabut sesuatu. 2 alat utk mencabut: ~ paku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabut

Puisi
 

Tek kerencing orang semandi,
     Cabut ekor tinggal kepala;
Tak sabit barang ke mari,
     Sesal juga dalam kepala.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bolt3vi 1. run away, cabut lari: the thief ~ed when he saw the policeman, pencuri itu cabut lari apabila dia nampak polis; 2. (of horses ) lari dgn liar: the frightened horse suddenly ~ed, kuda yg ketakutan itu tiba-tiba lari dgn liar; 3. dash, meluru lari: she panicked and ~ed into the room, dia panik lalu meluru lari ke dlm bilik itu; 4. move or spring suddenly, membingkas: he ~ed from the chair on hearing the scream, dia membingkas dr kerusinya apabila mendengar jeritan; 5. (of plants) tumbuh terlalu cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bunk3vi (sl) cabut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harevi; ~ /away, off/, (colloq) cabut lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flitn; do a ~, (UK), (colloq) cabut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bunk3n (sl); do a ~, cabut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coopn sangkar (ayam); fly the ~, (sl) melarikan diri, cabut lari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3n sudden dash, meluru; make a ~, meluru; make a ~ for it, cabut lari, membuka langkah seribu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hellget the ~ out of here, a. get out, berambus; b. run off quickly, cabut; give so. (merry) ~, (colloq), /teruk, seksa/ sso dibuat oleh: the boss gave him ~ this morning, pagi ini teruk dia dibuat oleh bosnya; (go) to ~, (colloq), (pergi) jahanam; like ~, (colloq) a. very hard, fast, etc, bagai nak gila: we worked like ~ all week, kami bekerja bagai nak gila sepanjang minggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clean(make) a ~ break, berkerat rotan, berpatah arang; ~ hands, tdk bersalah; show a ~ pair of heels, cabut lari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut~ a long story short, memendekkan cerita; ~ a sorry figure, kelihatan menyedihkan: he ~ a sorry figure with his whole body covered in mud, dia kelihatan menyedihkan dgn seluruh badannya berlumuran lumpur; ~ and run, (sl) cabut lari; ~ it fine, kesuntukan masa: you will be ~ting it fine if you arrive at the station five minutes before the train leaves, anda akan kesuntukan masa jika anda sampai ke stesen lima minit sebelum kereta api berlepas; ~ loose, cut free, a. (person, animal) melepaskan dr /tambatan, ikatan/: he ~ loose the captured horse, dia melepaskan kuda yg ditangkap itu dr tambatan; b. (boat) memutuskan tali tambatan; ~ o’s losses, mengelakkan drpd bertambahnya kerugian: they decided to ~ their losses by closing the business, mereka memutuskan utk mengelakkan drpd bertambahnya kerugian dgn menutup perniagaan mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas