Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unsophisticatedadj tdk /canggih, sofistikated/: ~ country girl, gadis kampung yg tdk canggih; an ~ outlook on life, pandangan hidup yg tdk canggih; ~ techniques in agriculture, teknik-teknik pertanian yg tdk canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suave adj terlalu canggih: a ~ gentleman, jejaka yg terlalu canggih; ~ manners, kelakuan yg terlalu canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
urbaneadj canggih: she was an extremely ~ woman, dia wanita yg sungguh canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sophisticated adj canggih, sofistikated: Sabrina went abroad a simple girl and returned a ~ young lady, semasa Sabrina pergi ke luar negeri dia seorang gadis yg sederhana tetapi setelah itu dia berubah menjadi wanita yg canggih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
urbanityn sifat canggih, kecanggihan: the ~ and diplomacy of the minister, kecanggihan dan diplomasi menteri itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sophisticate n (orang yg) /sofistikated, canggih/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high societyn masyarakat atasan yg canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sophisticated after some years at the university his ideas became more ~, setelah beberapa tahun di universiti gagasannya menjadi lebih canggih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sophisticated the comedian’s humour was far too ~ for his audience, jenaka pelawak itu terlalu sofistikated bagi penontonnya; ~ electronic equipment, kelengkapan elektronik yg canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elliptic(al)adj 1. of an ellipse, berbentuk elips;2. (gram.) elipsis: ~ sentence, ayat elipsis; 3. difficult to understand, sukar difahami: his style is so ~ that the unsophisticated reader is easily misled, gayanya begitu sukar difahami sehingga pembaca yg tdk canggih mudah salah faham.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas