Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capai I

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
star reach for the ~s, mencuba mencapai cita-cita yg tinggi: <i> try to reach for the ~ but keep your feet firmly on the ground,i> cubalah capai cita-citamu yg tinggi tetapi berpijaklah di bumi nyata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reach2. <i>take hold of, touchi>, a. (<i>by stretching out o’s handi>) mencapai: <i>I can’t ~ the top shelfi>, saya tdk dapat mencapai para paling atas; <i>can you ~ the branch with the ripe fruit on it?i>, boleh kamu capai dahan yg buahnya sudah ranum itu?; b. (<i>with o’s headi>) mencecah: <i>his head ~ed the ceiling of the huti>, kepalanya mencecah siling pondok itu; 3. <i>pass, give with outstretched handi>, menghulurkan: <i>~ me those books pleasei>, tolong hulurkan saya buku-buku itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only~ too, <i>very,i> [<i>not translatedi>]: <i>he will be ~ too pleased to come,i> dia sangat suka kalau dapat datang; have ~ (<i> to do sti>), /hanya, cuma/ perlu: <i>you’ve ~ got to drive to the site to see how much progress we’ve made,i> tuan hanya perlu memandu ke tapak binaan utk melihat kemajuan yg telah kami capai; if ~, kalaulah: <i>if ~ I had known,i> kalaulah saya tahu; not ~, bukan sahaja: <i>not ~ is he hand-some, he’s rich as well,i> dia bukan sahaja kacak tetapi juga kaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas